Home Blogskin Cerpen Linkies Tutobies D'BOARD

June 5, 2011

Cinta Sejati

Kisahnye…

Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara perkahwinannya sungguh meriah. Semua sahabat handai dan ahli keluarga mereka hadir menyaksikan serta menikmati hari yang sngt bermakna itu.

Mempelai wanita begitu anggun dlm gaun putihnya dan mempelai lelaki pula tampak kacak dlm tuxedo hitam yg menarik reka bntuknya. Setiap pasang mata yg memandang setuju mengatakan bahawa mereka merupakan pasangan secocok dan saling mencintai.

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kpd suaminya, “abang, saya ada mmbaca sebuah artikel pada majalah ttng bagaimana ingin mmperkukuhkan bahtera prkahwinan”,katanya sambil menyorongkan majalah tersebut kpd si suami. Si isteri berkata lagi, “suami dan isteri akn mencatat hal-hal yg kurang disukai daripada pasangan kita. Kemudian, kita akn membahaskan bagaimana ingin mengubah kekurangan trsebut dan membuat rumah tangga kita lebih bahagia”.

Suaminya bersetuju dgn cadangan yg dikemukakan isterinya itu. Mereka mula memikirkan hal-hal daripada pasangannya yg tdk disukai serta berjanji tidak akn tersinggung ketika pasanganya mencatat hal-hal trsebut kerana itu semua utk kebaikkan mereka bersama. Malam itu mereka bersepakat utk duduk di kamar yang berasingan dan mencatat ape shj yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Keesokan paginya ketika sarapan, mereka berdua sedia membincangkannya. “Saya akn mula dulu ya”, kata si isteri. Lalu dia mengeluarkan senarainya. Banyak betul yang ditulisnya, kira-kira tiga muka surat. Ketika dia mula membaca satu persatu hal yang tidak disukai daripada suaminya, dia memerhatikan bahawa air mata suaminya mula mengalir…

“Maaf, apakah saya harus berhenti ?” tanyanya dgn penuh kehairanan.

“Oh tidak, teruskan sahaja…” jawab suaminya.

Lalu si isteri meneruskan pembacaannya yg tergendala sebentar tadi. Setelah habis dibaca isi yg terkandung di ats krtas tersebut, si isteri melipat kertasnya dgn senyuman yg manis lantas berkata,“sekarang  giliran abang pula”.

Dengan suara yang parau suaminya berkata, “Abang tdk mencatat sesuatu pun di ats kertas tersebut. Abang berfikir bahawa sayang sudah sempurna di mata dan juga hati abang. Abang tdk mahu mengubahmu kerana sayang adalah diri sayang, cantik dan baik bagi abang. Tiada satu pun peribadimu yg abang dapati  kurang…”

Si isteri tersentak dan terharu oleh ungkapan yang baru dituturkan oleh suaminya itu. Ungkapan cinta sejati serta isi hati suaminya yg murni. Suaminya menerima dirinya seadanya. Dia tunduk lalu menangis teresak-esak…




No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum and Annyeong!
Tinggalkan komen korang yang 'cumil' tu kat sini.
Thank You.