Home Blogskin Cerpen Linkies Tutobies D'BOARD

February 13, 2013

Segmen : My Best K-Drama by Aziera

Assalamualaikum and annyeong!

Lama tak hupdate. Tetiba muncul dengan satu segmen yang sangat menarik. Segmen : My Best K-Drama by Aziera. Lagi excited nak join segmen ni, coz tuan blog sendiri yang datang jemput. Tenkiu cik penganjur

Klik pada banner untuk dapatkan maklumat dengan lebih mendalam yer.

Ok, NS ni memang suka tengok drama KOREA. But, based on actor/actress jugak la (ayat tak leh tahan). Jalan cerita pun mesti yang 'perh' punyalah! Kalau tak, kirim salam je la. So, k-drama yang NS minat sampai nak tercabut bulu hidung, jeng, jeng, jeng...

SECRET GARDEN (padahal tajuk dah ade kat poster)

Mesti ramai antara korang yang dah tahu sinopsis cerita ni kan? Kalau yang tak tahu lagi, meh sini nak citer sikit (alo busyuk-II). Sebelum tu, nak kenalkan dulu siapa si HERO dan HEROIN dalam drama ni.~

Hyun Bin sebagai Kim Joo Won

Ramai lagi pelakon drama ni, tapi NS kenalkan dua orang je (takut TERpanjang entry ni nanti). Drama ni menceritakan pasal seorang lelaki kaya dan sombong bernama Kim Joo Won (Hyun Bin lar) yang sangat mementingkan kesempurnaan. Sampaikan nak cari makwe pun kena perfect 100%. Pelajaran kena ada, rupa kena ada, background family yang baik-II je dan macam-macam lagi lah (penat nak senarai satu-satu).

Han Ji Won pulak sebagai Gil Ra Im (comelkan nama ni)

Gil Ra Im (Han Ji Won) pulak seorang pelakong aksi a.k.a stuntwomen (ala yang belasah orang tuh). Dia ni anak yatim piatu dan sangat miskin. Then, one day ada satu insiden yang menemukan Kim Joo Won dan Gil Ra Im ni. Sejak daripada situ, Kim Joo Won selalu terbayangkan Gil Ra Im dan bayangan Gil Ra Im selalu muncul kat mana Kim Joo Won berada (kira macam cinta pandang pertama gitu).


Korang mesti akan kata (lepas habis baca sinopsis kat atas), "eleh, biasa je citer ni. lepas fall in love, gaduh sana gaduh sini. pastu happy ending, erk?".

No, no, no, no~~ MERCY (lari tajuk). Climark drama ni NS belum cerita lagi tau. Cut the story, Kim Joo Won tu kan dah syok gila dekat Gil Ra Im, jadi ke mana saje si Ra Im ni pergi, mesti Joo Won akan ikut. Ada satu hari tue, Gil Ra Im ada wat penggambaran kat Pulau Jeju dan Kim Joo Won pun ada kat sana. 

Malam tu, dieorang ada minum minuman yang diberi oleh seorang mak cik (korang tengok cite ni tahulah nanti). Keesokan harinya, mereka dapati bahawa badan mereka sudah tertukar. I mean Kim Joo Won jadi Gil Ra Im dan begitulah sebaliknya.


Start daripada scene tertukar badan tulah yang kelakar. Bayangkan macam mana Joo Won nak handle diri dia, bila dia jadi perempuan. Sampai nak tercabut gigi (sakan sangat gelak) NS nengok gelagat dieorang. Korang mesti nampak drama ni macam mengarut tang mana. Walaupun drama ni ada BERfantasy sikit, tapi director dia pandai ulaskan jalan cerita (tak berterabur gitu). Jadi, korang takde la rasa nak baling lappy kesayangan masa tengok drama ni.


NS dah tengok drama ni sebanyak DUA kali. Ada 20 episode sume sekali. Walaupun dah banyak drama Korea yang NS dah tengok, but drama ni la yang paling Jjang, Daebak, Terbaik, Best dan yang sewaktu dengannya. Couple dalam drama ni pun nampak real. Kenapa? Tak percaya?

Dah caya? Kan, kan... Ngee, sweetnya Hyun Bin! (*faint)

Ok, sampai sini saja. Salam menutup tirai bicara (ayat tak leh blah).
Sambil layan drama 'SECRET GARDEN' jangan lupa dengar lagu APPEAR by Kim Bum Soo (bukan Kim Bum okay).

6 comments:

  1. da update snarai peserta.. bole la bw.. :)

    http://dearmonyetsayang.blogspot.com/2012/11/4-u-guys.html

    ReplyDelete
  2. singgah baca.. drama ni pon drama kesukaan saya.. sampai dah tengok 4 kali... sedih citer nih... suka hyun bin kat citer nih sangat2.. ^^

    ReplyDelete
  3. @umi > Mmg sedh pun cite ni. Tp happy ending jgk akhirnye. Hyun bin cute sgt-II.

    ReplyDelete

Assalamualaikum and Annyeong!
Tinggalkan komen korang yang 'cumil' tu kat sini.
Thank You.