Home Blogskin Cerpen Linkies Tutobies D'BOARD

November 14, 2011

Secret Admirer


Cast

 Lee Joon(MBLaQ) as Aku(Lee Min Joon)

 Ji Yoen(T-Ara) as Yuri

 IU as Lee Min Nyu

Eunjung(T-Ara) as Kim Da Hea

Kisahnya

Tidak seperti hari-hari biasa, hari ini aku pulang agak lewat darpada biasa. Maklumlah, pertengahan tahun macam nie memang belambak betul kerja yang perlu aku bereskan. Tetapi aku tidak kisah sebab memang bidang ini yang aku minati. Aku nie masih tinggal bersama dengan orang tuaku walaupun sudah melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan.

Hmmm…dengar lagu Jepun seronok jugak. Aku memang minat dengan lagu-lagu Jin Akanishi, kumpulan Arashidan, kumpulan News meskipun aku tidak faham langsung bahasanya. Memang benar kata orang, muzik itu universal. Mendengar lagu-lagu ini mengingatkan aku kepada Yuri. Dia ialah gadis idaman hatiku. Bukan aku seorang tetapi lelaki lain juga.

“Hah…beranganlah tue!” Tersentak aku dengan teguran Lee Min Nyu, satu-satunya adik aku yang tersayang..

“Ni ada surat untuk abang. Darirpada ‘secret admirer’ abang.” ujar Lee Mi Nyu.

“Siapa??” tanyaku.

“Maaflah bang, itu rahsia.” jawabnya dengan slamber.

“Alaa…kitakan adik-beradik. Takkan nak bersecret-secret pulak dengan abang.”

“Lambat laun, abang tahulah siapa dia.” Lee Mi Nyu tersenyum lalu beredar.

Mahu tidak mahu, terpaksa juga aku membacanya walaupun aku tidak tahu siapa pengirimnya.

Untuk tatapan Lee MiJoon,

        Saya tahu surat ini pasti mengganggu ketenteraman awak. Tapi apa yang saya ingin katakan di  sini ialah  saya sangat meminati awak dan mahu mengenali awak dengan lebih dekat lagi. Saya harap awak sudi. Maaf sekali lagi jika saya mengganggu...

Ikhlas : 'SECRET ADMIRER' awak.

Keesokannya, aku bertekad untuk menghantar surat kepada Yuri, untuk menyatakan perasaan sebenar aku terhadapnya. Perihal diriku turut aku sertakan.

“Kim Da Hea, oleh kerana kau kawan baik aku, tolong kirimkan surat ini kepada Yuri, boleh??” pintaku. Dia tersenyum dan mengangguk tanda setuju.

Sudah seminggu berlalu..Hmmm…datang lagi surat darrpada ‘secret admirer’ itu. Posmen karatnya tak ade dah orang lain adikku, Lee Mi Nyu.

Dia mahu bertemu denganaku? Itulah yang dia pinta menurut kandungan surat tersebut. Dia mahu berjumpa denganku dekat taman di universiti pada keesokkan petang.

Keesokannya aku ke tempat yang dijanjikan bersendirian. Berdebar-debar rasanya. Sedang aku memerhati keadaan di sekeliling, aku ditegur oleh suatu suara. Terkejut beruk aku ketika itu.

“Hai, Lee Mi Joon!” tegurnya.

“Err, Yuri…hai,” balasku. Alamak, apa yang dia buat kat sini? Risau aku kalau ‘secret admirer’aku itu datang dan Yuri melihatnya. Tentu Yuri berkecil hati lalu menolak hasratku tempoh hari.

“Ermm… sebenarnya, sayalah ‘secret admirer’ tue.” katanya sambil tersenyum.

Aku terpana seketika dan kemudiannya tersenyum. Di dalam hati gembiranya tidak terkata kerana penantiannya selama ini berakhir sudah. Kini semua soalan yang berlegar dalam benaknya terjawab. Yuri lah sebenarnya ‘secret admirer’ tersebut.

TAMAT