Home Blogskin Cerpen Linkies Tutobies D'BOARD

November 22, 2011

Perihal Air


Air mempunyai banyak rahsia tersembunyi. Air juga merupakan sebahagian daripada alam semulajadi, ia banyak digunakan dalam petua orang-orang tua. Ini adalah sebahagian daripada petua orang-orang tua yang mudah & boleh dikuti oleh kita semua >>

1. Amalkan banyak minum air masak suam. Amalkan juga minum sekurang-kurangnya satu gelas air masak suam setiap kali sebelum tidur & setiap pagi sebaik bangun daripada tidur. Amalkan juga berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w semasa minum di waktu pagi ini.

2. Amalkan minum air setengah jam sebelum makan & jangan minum air semasa makan. Selepas makan peruntukkan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum minum air. Ini dikatakan dapat mengelakkan kita daripada perut buncit.

3. Elakkan daripada mandi malam. Selain daripada mudah terdedah kepada penyakit paru-paru berair ia juga mengelakkan kita daripada mudah terkena penyakit lenguh-lenguh tulang.

4. Jangan gunakan air bertakung yang terkena panas matahari untuk mencuci muka. Ini dikatakan akan menyebabkan pigmentasi, panau & jeragat pada kulit.

5. Untuk menghilangkan sedu, minum banyak air diikuti selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

6. Untuk menghilangkan sakit tekak, selain daripada minum air rendaman kembang semangkuk, cuba embunkan air masak semalaman & minum keesokan harinya. Insya-allah sakit tekak akan berkurangan.

7. Selain daripada air biasa, air bilasan beras juga ada gunanya. Untuk mengelakkan muka daripada timbul jeragat, amalkan membilas muka dengan air bilasan beras yang kedua.

8. Bagi mereka yang mengalami penyakit keputihan, cuba amalkan minum air bilasan beras yang kedua setiap hari selama 3 hari berturut-berturut-turut.

9. Untuk menyuburkan tanaman pula, gunakan air bilasan basuh kain sebagai baja untuk tanaman. Dikatakan bahan organik pada air bilasan kain dapat menyuburkan tanaman.

10. Untuk meredakan demam panas atau sakit pening kepala, embunkan air rendaman kacang hijau semalaman. Selepas itu sapukan air ni ke kepala. Insya-allah panas akibat demam atau pening kepala akan reda.

11. Air juga merupakan petua untuk penjagaan suara bagi yang gemar menyanyi & mengaji. Selain dpd mengamalkan banyak minum air suam, penjagaan suara boleh dibuat sewaktu mandi. Semasa mandi sedut air ikut hidung sehingga terasa berdengung di kepala. Amalan ini dikatakan dapat mengelakkan suara daripada pecah.

12. Untuk awet muda pula, bila mandi, jirusan air hendaklah dimulakan dari kaki & naik sehinggalah ke kepala. Begitupun menurut pakar perubatan, cara begini bagus diamalkan untuk mengelakkan kejutan pada kepala & jantung bila terkena air khususnya jika mandi awal-awal pagi. 



Keep In Touch