Home Blogskin Cerpen Linkies Tutobies D'BOARD

January 6, 2013

Cinta Mat Romeo (Part 1)


Cast


Kim So Eun as Aku/ Im Soori


Kim Bum as Lee Dong Hae


Koo Hye Sun as Lee Min

Lee Junho (2PM) as Park Seung Ho

Kisahnya.

"Ahhhh! Maaf, saya tak boleh jadi kekasih awak!" kataku sambil berlari keluar daripada kedai makan yang terletak di tepi sekolah.

"Bagi aku, kalau ingin bercinta, mesti ada syaratnya. Orang itu mestilah pandai melindungi diriku dan sanggup memikul tanggungjawab." hatiku berbisik sayu. Lalu aku pulang ke rumah dengan hati yang kecewa.

Di rumah, aku ada berselisih dengan Seung Ho. Seung Ho merupakan 'abang' angkat aku. Dia tinggal dengan keluarga aku sejak ibu bapanya meninggal dunia akibat kemalangan ngeri di Lebuh Raya Atashinci. Masa itu Seung Ho baru berusia lapan tahun dan aku pula berumur enam tahun. Sejak daripada peristiwa tu, ibu bapa aku mengambil Seung Ho sebagai anak angkat.

Selesai saja makan malam bersama keluarga, Seung Ho mengajak aku ke taman di luar rumah. Aku tanya kenapa, tetapi tidak dijawabnya. Dia kata, "Ikut je la. Jangan banyak soal pulak".

"Aish, ini yang buat aku bengang ni. Hati aku dah la tak berapa nak betul, sesuka hati je nak mengarah itu ini. Ingat dia tu sape!" aku membebel sambil mengutip pinggan mangkuk yang kotor di atas meja untuk dicuci.

Selesai kerja mencuci pinggan, aku keluar ke tempat yang dijanjikan tadi. Aku lihat Seung Ho sedang bersantai di kerusi taman sambil menikmati keindahan malam yang sunyi. Sekali lagi hati aku sakit dengan kenyataan berupakan bom ATOM daripada mulut Seung Ho.

"Macam mak nenek la kau ni. Lembab lagi daripada lelabi kut. Dah berkurun aku tunggu kau kat sini. Sekarang baru nak datang?" katanya tanpa memandang ke arahku.

"Nasib baik aku datang. Ikutkan tadi, aku nak masuk tidur je, biar pontianak yang teman kau kat sini. Padan muka kau!" aku membalas geram.

"Woiii! Celopar betui mulut mak nenek ni erk. Dah la malam ni malam Jumaat, kau main-main pulak. Sekali datang betul-betul kat aku, kau yang bertanggungjawab yer!" kata Seung Ho sambil memandang ke sekeliling kawasan rumah.

Kami memang begini. Tak pernah nak sebulu, jauh sekali nak sekata. Ada sahaja isu yang nak dibalahkan. Aku kata dia itu, dia kata aku ini. Tapi, satu je yang aku suka tentang dia ni. Dia pasti akan tahu bila aku ditimpa masalah. Pendek kata, tak boleh nak kelentong la. Kalau aku tak nak bagi tahu, mesti dia akan korek rahsia aku sampai lubang cacing. Itulah Park Seung Ho!

"Sudah-sudah, cepatlah cakap apa yang kau nak cakap. Aku dah ngantuk nie." kataku sengaja ingin mengelat.

"Kau jangan nak mengada-ngada. Aku tahu kau ada masalah. Baik kau ceritakan kat aku sebelum..." katanya tergantung.

"Sebelum apa?" aku bertanya dengan berani.

"Sebelum aku post kat FB pasal semua rahsia kau. Hahahaha!" Seung Ho ketawa terbahak-bahak.

"Eleh, kalau kau berani buatlah. Aci potong jari, kau takkan berani buat punye la." kataku dengan bangganya.

"Owh, kau cabar aku eh. Ok, kalau macam tu, malam nie jugak aku post semua rahsia kau. Termasuk la kisah kau clash dengan pakwe kau dulu." Seung Ho mengugut aku dengan wajah yang serius.

"Ok...ok.. Aku mengalah. Aku nak cerita la ni. Aish, asyik aku je yang mengalah, menyampah sey." kataku takut-takut.

Risau juga kalau Seung Ho betul-betul kotakan apa yang dicakapkan tadi. Bukan boleh kira sangat mamat senget ni.

"Hah, tahu pun takut. Senang je nak ugut kau nie erk." kata Seung Ho dengan angkuhnya.

"Petang tadi, aku ada temu janji dengan senior Sekolah Dream High. Kami pergi jalan-jalan di tepi pantai, lepas tu singgah kejap kat kedai makan di tepi sekolah dia. Kami berbual seperti biasa. Tanya itu dan ini. Lepas tu..." kataku sambil memandang ke arah Seung Ho.

"Lepas tu ape? Kau ni, buat suspen lah." Seung Ho bertanya tidak sabar.

"Kau ni, gelojoh la. Rilek la. Lepas tu, dia kata nak jadikan aku ni kekasih hati dia. Dia kata nak bawak aku ke majlis tari-menari di sekolahnya sebab dia dia baru saje putus dengan kekasih dia." terangku dengan panjang lebar.

"Owh, ni kes tak de partner la ni. Dah macam tayar spare pulak kau ni kan." Seung Ho menyindir sambil menyiku aku.

Aku menumbuk bahu Seung Ho dengan sekuat hati. Aku melepaskan geram sambil berkata, "Kau nie, kalau tak sakitkan hati aku dalam sehari tak boleh ke? Asyik nak makan penumbuk aku je."

"Ouchh! Sakit la. Harap muka je lawa, tapi perangai mengalahkan tomboy! Aku menyampuk sikit je tadi, jangan la ambik serius sangat mak cik oii! Cepatlah sambung cite kau tadi." Seung Ho mula menumpukan perhatian.

"Lain kali, jangan mencelah cakap orang tau!" aku menegurnya.

"Kau pun tahukan yang aku nie tak suka orang yang tak bertanggungjawab. Daripada pengamatan aku, dia bukan seorang yang bertanggungjawab. Ada ke patut nak aku jadi kekasih dia sebab nak ajak ke majlis menari. Lepas tu, kalau dah puas boleh buang macam tu je. Baik suruh je mak cik jual 'GORPIS' (goreng pisang) yang jadi kekasih dia. Aku pun apa lagi, angkat kaki la. Terus balik rumah. Malas nak layan." kataku
dengan mimik muka yang geram.

"Yang ini kes tak bertanggungjawab. Ex kau yang dulu tu kes nak kikis duit kau kan. Macam-macam la kau ni. Kau nie memang tak pandai cari pakwe eh? Ade je masalahnye. Senang-senang kau couple dengan aku je la." kata Seung Ho dengan selambanya.

"Gila kau. Kawan pun belum tentu, nie nak couple dengan kau pulak. Kirim salam je la cik abang oii. Oklah, aku dah ngantuk nie. Thanks sudi tadahkan telinga kau dengar masalah aku. Aku chow dulu." aku berkata sambil berlalu pergi.

"Eleh, ingat aku nie tak laku ke? Dengan muka aku yang ala-ala Junho (2PM) ni, ramai pompuan yang tergila-gilakan aku la. Eummmph!" kata hati Seung Ho.

Tiba-tiba, bunyi anjing menyalak kedengaran disebalik bukit membuatkan bulu roma Seung Ho berdiri tegak. Lalu Seung Ho cepat-cepat masuk ke dalam rumah. Dia sebenarnya masih terbayangkan kata-kata Im Soori tentang pontianak yang akan datang kepadanya. Sebelum perkara yang tidak baik berlaku, baik dia masuk ke dalam rumah.

BERSAMBUNG...