Home Blogskin Cerpen Linkies Tutobies D'BOARD

November 27, 2011

Macam Pelik Tapi...

Percaya atau tidak inilah realitinya.

Ikan Jerung
Ikan jerung boleh mengesan satu bahadian darah daripada 100 juta air.


Obor-Obor
95% daripada badan obor-obor adalah air.


Homer
Homer merupakan seorang penyanyi pengembara yang buta

  
Shakespear
Shakespear merupakan pengarang sandiwara terbaik dunia merupakan seorang yang lumpuh.


Orang Jepun
Orang Jepun tidak mencipta kereta. Begitu juga dengan kamera, mesin basuh,vacuum, filem, pengangkat audio atau televisyen. Mereka tidak mencipta banyak benda. Apa yang mereka lakukan adalah meniru, menyempurnakan dan memperbaiki barang yang sudah ada.

  
Barbeque
Barbeque merupakan makanan yang enak hingga kena buat queue untuk mendapatkannya. Kyaa~~


Keep In Touch

Cuit Sana...Cuit Sini

SUDU
Seorang pesakit berjumpa doktor untuk mendapatkan laporan perubatan

Doktor : Kamu perlu makan tiga sudu ubat ni.
Pesakit : Mana boleh doktor!!
Doktor : Kanapa pula??
Pesakit : Rumah saya hanya ada dua sudu saje.

LOMPAT-LOMPAT
Seorang pilot telah ditugaskan untuk membawa 30 pesakit jiwa untuk berpindahke satu kawasan baru dengan menaiki kapal terbang. Semasa penerbangan, tiba-tiba kapal terbang bergegar kerana seramai 29 pesakit sedang melompat-lompat kerana geram.

Si pilot pun panggil la seorang pesakit jiwa yang pendiam dan tak join kengkawan mereka yang lain. Lalu si pilot mengarahkannya supaya mengawal keadaan dengan mensilentkan kengkawannya. Tidak sampai beberapa minit, tiba-tiba kapal terbang itu tidak lagi bergegar.
Pilot tadi kemudian memanggil si pendiam itu lalu bertanya

Pilot : Apa yang kau cakap pada die orang?
Si Pendiam : Saya cakap, kalau nak lompat-lompat pergi main kat luar.
Pilot : @%#!~)*@!!!!???

Keep In Touch

Sarapan?? Penting atau Tidak Penting


Urmmm, hari nie nak cakap pasal ape erk?? Sementelah dah pagi nie, teringat pulak kat breakfast. Sebenarnya sarapan merupakan hidangan paling penting dalam kehidupan seharian kita. Walupun kebanyakkan daripada kita tahu akan pentingnya sarapan, tetapi masih ramai di luar sana yang masih tidak mengambil sarapan untuk memulakan hari mereka.


Kajian demi kajian membuktikan bahawa sarapan membantu meningkatkan keupayaan mental seperti proses pembelajaran dan ingatan di samping dapat mengawal berat badan sekaligus menurunkan kolestrol darah.

Di  sini ada beberapa tips sarapan yang ringkas dan berkhasiat. Kalau dah malas sangat nak masak makanan berat pada waktu pagi, menu nie dapat membantu >>

Roti bakar

Mi / Mihun sup

Soto ayam (yang instant punye ade)

Oat dan susu rendah lemak

Roti canai / Capati / Tosai dan yang sewaktu dengannye

Biskut tinggi fibre

Kuih seperti pulut panggang atau apam

Sandwich

Selamat bersarapan!!!
Keep In Touch

6 Tip Atasi Bibir Kering

 Bibir kering walaupun nampak remeh dan perkara kecil tetapi di dalam penampilan seorang wanita yang berkerjaya ia tidak boleh dibiarkan berlarutan.

Masalah bibir kering sangat tidak selesa bagi sesetengah orang. Kadang kala kehadiran kepingan kecil yang berupakan kulit bibir yang mengelupas dipermukaan bibir boleh menakutkan orang yang melihatnya. Apatah lagi dengan kehadiran darah daripada bivir yang luka.
Untuk mengatasinya ikuti beberapa tips berikut >>

1. Sapuan madu pada bibir sebelum masuk tidur dapat membantu mengatasi masalah bibir kering. Madu juga bertindak sebagai balsam yang melembabkan bibir anda.

2. Walaupun anda penggemar lipstick jenis kering dan kusam, pastikan anda tidak memakainya terlalu kerap. Lipstik seumpamanya gagal membari kelembapan pada bibir.

3. Kurangkan kebiasaan membasahkan bibir anda dengan air liur kerana dibimbangi kandungan asid dalam air liur menggalakkan lagi proses pengeringan pada lapisan bibibr yang kering.

4. Sekali sekala lakukan lakukan pengelupasan kulit bibir kering dengan menyapu nipis sedikit ubat gigi pada bibir. Selain itu, anda juga boleh menggunakkan kaedah ‘sikat gigi’ iaitu dengan menggunakan berus halus. Sikat perlahan-lahan dengan gerakkan memutar dan dengan sendirinya kepingan-kepingan kulit bibir yang kering akan gugur.

5. Elakkan daripada memakai balsam bibir atau lip balm yang berperisa kerana ini akan mendorong anda menjilat bibir tanpa anda sedari. Sebaik-baiknya gunakan balsam tanpa perisa.

6. Perbanyakkan pengambilan makanan daripada jenis sayur-sayuran dan buah-buahan.

That’s all from me.
Keep In Touch