Home Blogskin Cerpen Linkies Tutobies D'BOARD

January 11, 2013

Konnichiwa (こんにちは)

Assalamualaikum and annyeong!

Konnichiwa tu bermaksud hello (English). Lebih kurang macam nak sapa orang la. Kita kena guna bahasa yang sopan untuk sapa orang. Lebih-lebih lagi orang yang lebih tua daripada kita. Ye tak?

Ok, sebenarnya bukan nak terangkan maksud KONNICHIWA tu dengan panjang lebarnye. Cuma nak kenalkan artis JEPUN. Asyik Korea je. Kadang-kadang rasa nak ubah angin gak. Poyo la~

Tak tahu la korang kenal ke tak dengan dieorang nie. Maybe kenal kot, sebab dieorang ni popular gak kat Jepun tuh. Ok, let's start!

1. KAMENASHI KAZUYA



  • Sebelum dia ni mulakan kerjaya sebagai artis, jejaka tinggi lampai ni terlebih dulu berada di bawah agensi terkenal Jepun iaitu Johnyy & Associates.
  • Ketika berusia 12 tahun, dia berjaya menjadi vocalist dalam kumpulan KAT-TUN (Wow!)
  • Penglibatan beliau dalam bidang lakonan ialah pada tahun 1999.
2. CAMUI GACKT


  • Jejaka berbakat besar ni (cewah) berasal dari Okinawa, Jepun. Camui memulakan pejalanan seninye sabagai penyanyi solo.
  • Ape yang menariknye, die ni boleh bertutur dalam bahasa Inggeris Perancis, Korea, Kantonis dan Mandarin. 
3. TEPPEI KOIKE


  • Dilahirkan di Osakasayama, Osaka. Teppei merupakan seorang penyanyi dan pelakon remaja yang popular di Jepun.
  • Nama lain bagi Teppei ialah Teppei-chan dan Teppei-kun. (aku pun tak faham maksudnye, maybe 'kun' tu abang kut. Macam OPPA gitu. Rasenya la)
  • Apa yang aku perasan, muka dia macam Flower Boy gitu. Hehehe~ *terpaut suda*
  • Ok-ok, next!
4. OGARI SHUN


  • Korang nampak je muka Ogari Shun ni macam orang jual sayur naik motor kapcai. Tapi, tapi dia ni popular gila kat Jepun tau.
  • First time aku tengok dia berlakon dalam cite popular Jepun, Hanazakari no Kimitachi (Hana Kimi). Dalam cita ni, Ogari bawak watak seorang pelajar atlet lompat jauh yang mangalami kecederaan di bahagian kaki disebabkan satu peristiwa.
  • Back to the title, dia jugak ada membintangi siri popular drama Jepun iaitu Hana Yori Dango Final dan Crows Zero 2.


p/s > Ok, nak sambung cita pasal drama Hana Kimi tuh. Kalau korang tengok cita ni, sure tak kering gusilah. Cita ni diadaptasi daripada manga popular Jepun di mana terdapat seorang perempuan yang sanggup menyamar jadi lelaki semata-mata untuk menebus kesalahannye terhadap seseorang di dalam sebuah sekolah 'lelaki' bernama sekolah Osaka Gakuen.


Di sekolah ni, budak pompuan tu (tengah) cuba sebaik mungkin untuk menjaga rahsianya supaya tak pecah.
Tapi, akhirnye pecah jugak bak kata pepatah, 'sebaik-baik tupai melompat, akhirnye jatuh kke tanah jua'. Ye dop?

Kalau korang nak tengok drama ni korang boleh pergi ke SINI



Cutekan pelakon pompuan dia, kalau nak tahu namanye ialah Maki Horikita.

Untuk pengetahuan korang, ada jugak versi Taiwan dan Korea. But, I prefer versi Jepun.
So, selamat malam dan selamat tontonin ya!
Ppyong!