Home Blogskin Cerpen Linkies Tutobies D'BOARD

February 1, 2013

Cinta Mat Romeo (Part 3)


Aku ingin bercinta. Tetapi semakin lama, semakin susah untuk aku berjumpa dengan lelaki idaman. Adakah aku yang terlalu memilih? Atau...

"Selamat datang. Kami sedia menerima tempahan kek untuk hari istimewa anda." aku menjerit sekuat hati semata-mata untuk mempromosikan kek yang dijual di kedai aku mencari rezeki.

Aku perlu bekerja keras untuk membiayai yuran persekolahanku di semesta dua nanti. Jadi, dengan bekerja sambilan sebagai penjual kek aku dapat membayar yuran sekolah tanpa menyusahkan kedua ibu bapaku. Anak yang baik la katakan. Aku bekerja di kedai kek yang terletak berhampiran sekolah di mana mudah bagiku untuk berulang-alik dari sekolah terus ke tempat kerja. Aku juga ditemani oleh seorang rakan kerja yang baik dan comel bernama Suzy.

"Eh, kau tak penat ke terpekik melalak macam anjing gunung tu?" Suzy bertanya sambil menyusun kek di atas meja.

"Tak. Aku boleh bertahan. Akukan 'rock'!" aku berkata sambil menunjukkan aksi bermain gitar.

"Banyakla kau punya 'rock'. Dah macam orang tak betul adalah." Suzy membalas sambil menjeling ke arahku.

"Aku kena jual semua kek ni sampai habis. Kalau tak..." tiba-tiba kami terdengar satu jeritan yang nyaring.

"Tolong, tolong! Ada peragut. Sesiapa cepat tangkap peragut tu." jerit salah seorang mak cik yang berada di seberang jalan.

"Dalam keadaan macam ni pun ada peragut?" aku berkata sendirian.

"Alamak! Peragut tu lari ke arah sini. Macam mana ni?" Suzy sempat lagi bertanya di dalam keadaan cemas begini.

Aku melihat peragut itu berlari dengan pantas ke arah kedai kami. Lalu tanpa membuang masa, aku mengambil sebiji kek dan membaling kek tersebut tepat ke arah muka peragut itu. Peragut itu telah jatuh tersungkur akibat tekanan daripada balingan kek tadi. Berbekalkan ilmu tae kwon do yang diajar oleh datukku dahulu, aku menggunakan teknik hand attack di mana aku menggunakan kedua-dua belah tanganku untuk menumbuk muka peragut tersebut bagi memastikan penyangak itu betul-betul pengsan.

"Terima kasih, mak cik. Lain kali singgah lagi untuk beli kek di sini." aku melambai-lambaikan tanganku ke arah mak cik yang kena ragut tadi.

"Helo balai polis. Ada seorang peragut berjaya ditangkap di Jalan Hundaei iaitu berhadapan dengan bangunan Gimpo." seorang lelaki tinggi lampai membuat paggilan polis.

"Hebatnya cik ni. Tapi mana boleh buat tindakan tanpa menunggu pihak berkuasa. Bahaya tau." sambung lelaki tadi sambil merenung tepat ke arahku.

Tiba-tiba aku merasa seperti ada satu perasaan aneh yang menyelinap masuk ke dalam hatiku. Perasaan itu tidak menyakitkan, malah memberi rasa senang di dalam hati ini. Hati aku berdegup kencang tanpa henti. Adakah aku sudah berjumpa dengan lelaki idaman aku?


"Bergaya dia. Dahla kacak, tinggi lampai pulak tu. Orang macam tu betul-betul wujud ke?" aku mengajukan persoalan kepada Lee Min setelah aku menceritakan semua kejadian semalam kepadanya.

"Susah nak percaya kau boleh bertindak macam tu, Soori. Tapi kau kena pandai jaga diri. Kalau peragut tu apa-apakan kau macam mana?" Lee Min tetap risau akan keadaanku saat itu.

"Aku takkan apa-apanya lah. Aku kan kuat." aku mengangkat kedua-dua belah tangan sambil menunjukkan aksi orang angkat berat.

"Tapi, siapa lelaki tu? Nama dia apa? Tinggal kat mana?" Lee Min bertanya tentang lelaki semalam.

"Hah? Err..." aku tidak menjawab.

"Teruklah kau ni. Takkan tak sempat nak tanya semua tu. Time tu la nak ambik chance pun." Lee Min berkata sambil menunjukkan reaksi marah.

"Aku tengah bekerjalah. Mana sempat nak memiang tak tentu pasal. Lain la kau. Kau tu tak kira tempat. Semua nak bedal." aku membalas geram.

"Aku ni cepat. Kalau dah suka, terus je masukkan dia ke dalam poket. Dia pakai baju seragam sekolah ke?" Lee Min terus menyambung pertanyaan tentang lelaki itu.

"Tak. Baju biasa je." aku menjawab sambil memandang ke luar kelas.

"Karakteristik dan penampilan dia?" Lee Min masih tidak berpuas hati dengan jawapanku tadi.

"Kau ni dah macam polis pencen pulak. Macam-macam soalan kau tanya. Apa yang aku perasan, dia seorang yang tinggi lampai. Rambut dia pendek dan lembut. Hah, muka dia macam Kim Bum yang berlakon dalam cerita Boy Over Flower tu!" aku mula mengingati penampilan lelaki itu.

"Aik? Orang macam tu pun wujud ke?" Lee Min mula merasa ragu dengan cerita aku.

"Haa, itu! Macam tu la muka dia." aku menundingkan jari telunjukku ke arah sekumpulan lelaki yang baru melepasi kelas kami.

"Yang mana satu?" Lee Min masih tidak dapat mengamati siapa lelaki tersebut.

Dalam masa yang sama, lelaki tersebut membuang pandangannya ke arah kami. Pada masa itu, aku dan Lee Min masih lagi bersoal jawab tentang lelaki misteri itu. Tiba-tiba...

"Alamak! Memang betul la lelaki tu. Memang betul orang yang aku jumpa semalam ada kat depan tu." aku memberitahu Lee Min setelah mengenal pasti gerangan lelaki misteri itu.

"Kau kenal dia tak, Min?" aku bertanya Lee Min pula.

"Gila kau tak kenal. Dia tu playboy nombor 1 kat sekolah ni!" Lee Min berkata selepas betul-betul mengamati lelaki yang aku tunjuk tadi.

"Eh, budak semalam lah." lelaki itu berkata sendirian sambil melangkah dengan bergayanya ke arah kami.

"Lelaki tu nak datang sini la Min. Apa aku nak buat ni?" aku mula cemas.

"Kita satu sekolah rupanya. Awak kelas 6-3 erk? Saya kelas 6-1. Kita berada di tahun yang sama. Nama saya Lee Dong Hae. Boleh jugak nak panggil Dong Hae. Siapa nama awak?" Lee Dong Hae memperkenalkan dirinya panjang lebar.

"Err...Soori. Im Soori." aku membalas gugup.

"Wah, Soori Mooli! Comelnya awak ni. Ini mungkin agak tiba-tiba, tapi sudi tak awak keluar dating dengan saya?" Lee Dong Hae berkata sambil membuat muka kesian.

BERSAMBUNG...