"Alamak, saya dah kena rijek. Hahaha. Jumpa lagi ya, Im Soori. Papai" Lee Dong Hae berkata sambil melambai-lambaikan tangan ke arah kami lalu pergi ke kelasnya.
"Dasar playboy. Boleh lagi dia ketawa selepas aku rijek dia tadi." aku menghempaskan buku ke atas meja bagi melepaskan geram.
"Kau pun satu. Cepat sangat bagi jawapan tadi. Fikir la dulu." Lee Min mula menasihati aku.
"Minda aku yang menolak." aku memandang ke luar tingkap bagi menenangkan fikiranku yang sangat berserabut saat ini.
Cintakah itu? Atau sekadar mainan perasaan? Tapi kenapa kepala otak aku tak berhenti memikirkan tentang dia meskipun aku sudah tahu yang dia itu seorang playboy. Apalah nasib badan, berjumpa dengan orang sepertinya. Nampaknya, terpaksalah aku cari calon lain.
Seperti biasa selepas tamat waktu persekolahan, aku akan pulang bersama-sama dengan abang 'angkat' aku. Siapa lagi, kalau bukan si mamat mulut laser tuh. Aku dah bagitahu pada ibu yang aku boleh pulang sendiri dan aku bukannya anak kecil lagi. Tetapi ibu tetap bertegas tidak mahu aku pulang sendirian kerana takut kalau-kalau ada penjenayah di luar sana yang mahu mengapa-apakan aku. Ayah pun sokong ibu 100%. Nampaknya, terpaksalah aku mengangkat bendera putih.
"Seung Ho! Kau ada aktiviti kelab ke lepas ni?" aku bertanya Park Seung Ho yang baru keluar daripada kelas.
"Aktiviti kelab dah dibatalkan. Jom balik" Park Seung Ho berkata sambil berjalan ke arah pintu pagar sekolah.
"Eh, Dong Hae!" Park Seung Ho menegur seseorang.
"Hah, Dong Hae!" aku mula merasa cemas.
"Oh, abang Seung Ho rupanya. Ingatkan siapa tadi. Ada apa bang?" Lee Dong Hae mula bertanya.
"Kau betul-betul nak berhenti? Kau kan dah jadi pemain tetap." kata Park Seung Ho sambil berjalan ke arah Lee Dong Hae.
"Ya, bang. Saya ada sebab nak berhenti. Lagipun, kalau takde saya kat dalam pasukan bola keranjang tu, lagi aman kut. Hahaha. Saya kan troublemaker." Lee Dong Hae sempat lagi berlawak.
"Owh, pasukan bola keranjang rupanya." aku mula menangkap apa yang dibualkan oleh Park Seung Ho dan Lee Dong Hae.
"Kau ni ada-ada je lah. Kau tu pemain kesukaan coach. Kalau takde kau, alamatnya menangis la coach tu kat gelanggang!" Park Seung Ho membalas lawak Lee Dong Hae.
"Eh, Im Soori. Soori, Mooli!" Lee Dong Hae menegur aku yang sedang menyorok di belakang Park Seung Ho.
"Aih, macam mana dia boleh nampak aku ni. Baik punya tempat aku menyorok." aku berjeda sendirian.
"Kau kenal Soori ke?" tanya Park Seung Ho kehairanan.
"Yup. Tapi, abang nak tahu tak? Saya ajak dia keluar dating..." Lee Dong Hae menghentikan perbualannya sambil memandang ke arahku.
"Hah?" Park Seung Ho menjerit kecil kerana sedikit terkejut.
"Tapi, saya dah kena rijekla bang." Lee Dong Hae berkata sambil tersenyum.
"Fuh!" Park Seung Ho menghela nafas lega.
"Nanti kejap. Ke awak dah ada pakwe? Abang Seung Ho ni pakwe awak eh? Tu ke sebabnya awak rijek saya. Waaa, sedihnya. Sob, sob~." sambung Lee Dong Hae lagi.
"Banyak lah kau punya pakwe. Dasar playboy tak guna. Pergi baliklah. Buat menyemak je kat sini." aku menghalau Lee Dong Hae sambil membuat aksi ingin melemparkan bag sandangku.
Akhirnya, Lee Dong Hae meminta diri daripada kami setelah dihalau oleh aku sebentar tadi. Tetapi dalam masa yang sama, dia sempat lagi memberikan flying kiss kepadaku tanpa pengetahuan Park Seung Ho. Aku terus berjalan ke hadapan tanpa mempedulikan tindakan Lee Dong Hae tadi.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum and Annyeong!
Tinggalkan komen korang yang 'cumil' tu kat sini.
Thank You.