Home Blogskin Cerpen Linkies Tutobies D'BOARD

February 5, 2013

Cinta Mat Romeo (Part 5)


Aku dan Park Seung Ho meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Dalam masa yang sama, Park Seung Ho menceritakan serba-sedikit tentang Lee Dong Hae. Pada mulanya aku ingin memekakkan telinga sahaja. Yalah, siapa yang ingin mengambil tahu akan lelaki yang miang lagi gatal tu. Tetapi selepas mendengar sebab musabah Lee Dong Hae ingin menarik diri daripada pasukan bola keranjang, hati aku meronta-ronta ingin mengenali lelaki itu dengan lebih mendalam lagi.

"Dong Hae join pasukan bola keranjang sejak digred 3. Masa tu aku belum masuk pasukan tu lagi." Park Seung Ho memulakan bicara.

"Dia seorang pemain yang handal. Ramai orang suka cara dia bermain. Walaupun masih muda, tetapi coach dah bagi dia bermain di peringkat kebangsaan. Aku baru nak mintak tunjuk ajar daripada dia, tapi sayangnya dia dah berhenti daripada bermain bola keranjang." sambung Park Seung Ho lagi.

"Amboi, bukan main lagi kau puji dia erk. Eleh kalau dah handal sangat, kenapa nak berhenti pulak? Tak masuk akal langsung. Ni mesti ada sebab lain." aku mula membuat andaian tentang Lee Dong Hae.

"Memang ada sebab lain pun." Park Seung Ho mula berteka-teki.

"Hah? Sebab apa?" aku mula tidak sabar.

"Orang kata dia rampas kekasih kapten. Huirae nama budak pompuan tu." kata Park Seung Ho lagi.

"Dah agak dah. Kalau dah dasar playboy tu, playboy jugak lah." aku membuat konklusi sendiri.

"Tapi, semua tu gosip je. Dong Hae tak pernah mengiyakan atau menafikan perkara tu." Park Seung Ho mula membela Lee Dong Hae.

"Betul ke gosip je? Mesti dia rasa bersalah, sebab tu dia lari daripada pasukan tu." aku masih tidak boleh menerima kenyataan yang disampaikan oleh Park Seung Ho tadi.

"Bagi aku kalau disebabkan masalah peribadi, tak guna rasanya sampai nak berhenti daripada pasukan bola keranjang. Mesti dia rasa janggal." Park Seung Ho meneruskan bicaranya.

"Eh, macam tu pulak." aku menggaru kepalaku yang tidak gatal.

"Yalah, cuba kau fikir betui-betui. Macam mana dia nak bekerja sebagai satu pasukan bila kapten asyik ugut nak gugurkan nama dia daripada senarai pemain tetap. Lepas tu, hubungan dia dengan pemain lain jadi tak elok sebab ramai yang menyebelahi kapten." Park Seung Ho menerangkan satu persatu.

"Jadi, Dong Hae rasa lebih baik dia berhenti sebelum perlawan akhir menjelang." sambung Park Seung Ho lagi.

Aku masih tidak tahu akan cerita sebenar antara Lee Dong Hae dengan kekasih kapten, Huirae. Kalau boleh aku nak tahu kebenaran disebalik gosip yang menjatuhkan air muka Lee Dong Hae. Tetapi Park Seung Ho hanya menceritakan kisah Lee Dong Hae sampai setakat itu sahaja. Sekarang, aku rasa Lee Dong Hae tu tidaklah seteruk yang aku sangkakan. Mungkinkah, tanggapan aku padanya sudah berubah?


Semasa aku dan Park Seung Ho melalui satu lorong kecil di belakang sekolah, kami ternampak kelibat kekasih kapten dan Lee Dong Hae sedang berbual di taman bunga sekolah. Kami yang berada di luar kawasan sekolah cuba untuk memanjat pagar bagi mendengar perbualan antara Huirae dan Lee Dong Hae. Mujur pagar di beakang sekolah ini tidak terlalu tinggi. Kalau tidak, mahu tergoleknya aku macam nangka busuk.

"Dong Hae oppa! Tunggu." kata Huirae kepada Lee Dong Hae.

"Uhm, apa lagi Huirae?" Lee Dong Hae mula rimas.

"Pompuan ni tak serik-serik lagi ke?" aku bermonolog sendirian.

"Maaf, Dong Hae oppa! Disebabkan saya, awak yang menjadi mangsa gosip. Boyfriend saya salah faham akan kedudukan perkara sebenar." Huirae meminta maaf dengan mimik muka yang sengaja dibuat-buat.

"Cis! Jadi pompuan ni lah yang main kayu tiga. Tak guna punya pompuan. Buat malu kaum je." aku berkata dengan nada perlahan.

"Aish, kau ni boleh senyap tak? Bisinglah. Aku nak dengar perbualan Huirae dengan Dong Hae pun tak senang." Park Seung Ho memarahi aku.

"Aku dah geram dengan pompuan tu. Yang si Dong Hae pun satu, kenapa tak cuba betulkan salah faham tu? Nak jadi tenuk kena cucuk hidung ke apa." aku mula mengenggam buku limaku.

"Saya dengar nasihat awak menyuruh supaya saya berdiam diri saje. Tapi, saya nak tanya sekali lagi. Tak boleh ke awak sukakan saya walaupun sedikit?" Huirae bertanya tanpa rasa segan silu.

"Saya rela berpisah dengan boyfriend saya dan pilih awak sebagai kekasih saya" sambung Huirae lagi.

"Err, saya... Huirae... Saya ada ramai orang yang saya suka. Saya suka Huirae jugak. Tapi, kalau nak pilih sorang je susah la. Nanti, ramai yang tidak puas hati dengan saya. Hehehe." Lee Dong Hae menayangkan senyuman kambingnya.

"Play... PLAYBOY! Buang masa aku je duk mengintip dia orang. Baik aku balik." aku mula membuka langkah. Tapi...

"Jangan haraplah, Lee Dong Hae. Aku ada gambar kita berdua yang aku ambil semasa kita bertemu di Mc'D dulu. Kalau kau tak mahu ikut cakap aku, aku takkan teragak-agak nak sebarkan gambar ni kat laman web. Kalau kau terangkan kat orang ramai pun, mesti mereka semua takkan percaya. Dan, yang paling penting, mesti kau akan dibenci oleh ahli pasukan bola keranjang. Kan? Hahahaha." nada percakapan Huirae mula berubah. Dia menjadi semakin tamak. Tamak dengan lelaki.

"Debushhh!" aku membuka langkah tea kwon do lalu menolak tubuh Huirae.

"Kaki tipu. Tak guna punya pompuan." aku menjerit geram.

"Aish, apa kau ni? Nak bunuh aku ke? Aku belum sebar lagi gambar tu tau." Huirae mula naik berang dengan tidakan Im Soori tadi.

"Maaf, Huirae. Aku tak sengaja rakam perbualan korang tadi. Eh aku nak tanya, kalau rakaman ni tersebar, apa yang akan terjadi erk? Mungkinkah kau akan dibuang sekolah?" kata Park Seung Ho sambil menyangkan telefon bimbit di hadapan Huirae.

"Huh!" Huirae bangun lalu berlari dengan pantas meninggalkan kawasan taman bunga.

BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum and Annyeong!
Tinggalkan komen korang yang 'cumil' tu kat sini.
Thank You.