Assalamualaikum and annyeong!
Ok, dah lama gila rasanya NS tak update blog ni. Asyik-II tutorial je kan. Boring jugak. So, nak menghilangkan rasa boring yang sedang bermaharaja lela ni, NS nak share satu insta pasal sekor kucing yang diberi nama NALA. Ape kebenda maksud nama pun NS tak tahu. Apa yang NS tahu, kuceng ni tersangatlah cute sampai korang rasa nak "awwwwwww" je memanjang!! Ahaksss~
Nak dipendekkan cerita, si NALA cat ni berjantina betina dan baru berumur 2 tahun (umur kucing). Apa yang specialnya si NALA ni sebab dia hanyalah sekor kucing terbuang dan bukan kucing yang 'high class', 'famous' and 'fabuloss' gitu. Atas rasa belas kesian dan kasih sayang seorang manusia, NALA dijaga dengan penuh LOVE and CARE oleh tuannya. Masa mula-II badan si NALA ni tersangatlah kering plus tak cukup zat pun ada. But NOW, NOW... Lihatlah hasilnya~
Like a BOSS!
Sowryy, NS takde gambar NALA masa kecik!
Selain tue, bila si NALA ni dah cukup femes, mestila tuan dia nak dapat side income dengan menjual barangan kucing kesayangan dia ni. Tak lain tak bukan, si NALA lah yang jadi modelnya. Hek. Bapak cute tak leh belah!
Kucing NS memang dah naik semak kalau dikalungkan dengan segala loceng or reben bagai. Al-maklumlah, kucing kampung je pun. Hehehe, takleh nak berfashionista sikit. Rimas katanya~ Hewhew. Kalau korang nak bershopping sakan accessories kucing kesayangan, korang boleh pergi ke laman web di bawah :-
Jangan memalu untuk tentengok. Bukan setakat accessories kucing je yang ado, untuk manusia pun ada. Macam-II ada lah katakan~ Hek.
So, bagi mengakhiri perkongsian ringkas binti pendek, NS nak korang ramai-II follow IG si NALA cat ni kalau korang nak tengok dia berposing maut depan camera. Like this :
Kalau nak follow, sila tekan button di bawah. Cepat-II log in IG korang! Heee
Kucing pun boleh achieve sampai 1 juta followers uolls~
Bagi cat lovers diluar sana, sayangilah kucing anda seperti mana anda menyayangi diri sendiri. Memang dieorang takde akal, but dieorang tahu erti kasih sayang dan tahu kalau korang sayang dia or tak. Jangan dera-II kucing noh. Kalau tak, cek cungkil cungkil bijik mata hang! (marah ni).
Sekian.
Assalamualaikum~