Home Blogskin Cerpen Linkies Tutobies D'BOARD

February 5, 2013

Teka Teki

Assalamualaikum and annyeong!

Sekarang ni tengah bohsan, dah tak tahu nak hupdate ape (ye ke~). Jadi, nak hilangkan bosan tu, mulalah panjangkan kaki untuk blogwalking kat blog ni > TEKATEKILAWAK. Hah, boleh baca tak? Kalau tak boleh, buat-buat macam boleh je lar. Peace!


So, mari sini nak kongsi sikit teka-teki yang nak kata masuk akal pun boleh, nak kata yang sebaliknye pun takpe (ngee~)
p/s > Kalau nak tahu jawapan, sila BOLDkan text kat bahagian jawapan yer.
1. Sungai apa yang paling berat?
Kalau korang semua pandai, dalam banyak-banyak sungai kat Malaysia ni, sungai apa yang paling berat. Cepat jawab. Senang saje teka-teki lawak ni, tak susah mana pun. Orang malaysia mesti tahu jawapan kepada teka teki ni.

Jawapan :- Sungai Besi

2. Pokok apa paling baik hati?
Dalam banyak-banyak pokok, pokok apa yang paling baik hati. Memang pokok ni la yang baik, murah hati memang baguslah. Haha, korang mesti tahu jawapan kepada teka-teki ni. Cuba fikir dan fikir.

Jawapan :- Pokok Pisang

3. Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

Jawapan :- Kambing binATANG

4. Kenapa anjing buang air kecil angkat kaki sebelah?

Jawapan :- Kalau angkat dua-dua belah kaki, nanti jatuhla

5. Dalam banyak-banyak kera, kera apa yang pandai menaip?

Jawapan :- Kerani lar

6. Masa dia hidup kita menyanyi. Masa dia mati, kita tepuk tangan.

Jawapan :- Lilin masa sambt BEFDAY korang

Yang last ni, teka-teki daripda eden sendiri. Kalau boleh jawab, korang memang genius tahap Neil Amstrong la (just kidding).

Ayah Nini ada enam orang anak perempuan. Mereka ini bernama Nana, Nunu, Nono, Nino, Nina dan Nuno. Siapa nama anak perempuan yang lagi sorang?


Maybe teka-teki ni ramai yang boleh jawab coz dah lapuk kut. Hehehe, selamat mencuba.
Maaf penggunaan kata 'aku' pada yang lebih berusia.
Annyeong!
Namu~ Ngee.

Cinta Mat Romeo (Part 4)


"Tak sudi." aku menjawab tanpa berfikir panjang.

"Alamak, saya dah kena rijek. Hahaha. Jumpa lagi ya, Im Soori. Papai" Lee Dong Hae berkata sambil melambai-lambaikan tangan ke arah kami lalu pergi ke kelasnya.

"Dasar playboy. Boleh lagi dia ketawa selepas aku rijek dia tadi." aku menghempaskan buku ke atas meja bagi melepaskan geram.

"Kau pun satu. Cepat sangat bagi jawapan tadi. Fikir la dulu." Lee Min mula menasihati aku.

"Minda aku yang menolak." aku memandang ke luar tingkap bagi menenangkan fikiranku yang sangat berserabut saat ini.

Cintakah itu? Atau sekadar mainan perasaan? Tapi kenapa kepala otak aku tak berhenti memikirkan tentang dia meskipun aku sudah tahu yang dia itu seorang playboy. Apalah nasib badan, berjumpa dengan orang sepertinya. Nampaknya, terpaksalah aku cari calon lain.


Seperti biasa selepas tamat waktu persekolahan, aku akan pulang bersama-sama dengan abang 'angkat' aku. Siapa lagi, kalau bukan si mamat mulut laser tuh. Aku dah bagitahu pada ibu yang aku boleh pulang sendiri dan aku bukannya anak kecil lagi. Tetapi ibu tetap bertegas tidak mahu aku pulang sendirian kerana takut kalau-kalau ada penjenayah di luar sana yang mahu mengapa-apakan aku. Ayah pun sokong ibu 100%. Nampaknya, terpaksalah aku mengangkat bendera putih.

"Seung Ho! Kau ada aktiviti kelab ke lepas ni?" aku bertanya Park Seung Ho yang baru keluar daripada kelas.

"Aktiviti kelab dah dibatalkan. Jom balik" Park Seung Ho berkata sambil berjalan ke arah pintu pagar sekolah.

"Eh, Dong Hae!" Park Seung Ho menegur seseorang.

"Hah, Dong Hae!" aku mula merasa cemas.

"Oh, abang Seung Ho rupanya. Ingatkan siapa tadi. Ada apa bang?" Lee Dong Hae mula bertanya.

"Kau betul-betul nak berhenti? Kau kan dah jadi pemain tetap." kata Park Seung Ho sambil berjalan ke arah Lee Dong Hae.

"Ya, bang. Saya ada sebab nak berhenti. Lagipun, kalau takde saya kat dalam pasukan bola keranjang tu, lagi aman kut. Hahaha. Saya kan troublemaker." Lee Dong Hae sempat lagi berlawak.

"Owh, pasukan bola keranjang rupanya." aku mula menangkap apa yang dibualkan oleh Park Seung Ho dan Lee Dong Hae.

"Kau ni ada-ada je lah. Kau tu pemain kesukaan coach. Kalau takde kau, alamatnya menangis la coach tu kat gelanggang!" Park Seung Ho membalas lawak Lee Dong Hae.

"Eh, Im Soori. Soori, Mooli!" Lee Dong Hae menegur aku yang sedang menyorok di belakang Park Seung Ho.

"Aih, macam mana dia boleh nampak aku ni. Baik punya tempat aku menyorok." aku berjeda sendirian.

"Kau kenal Soori ke?" tanya Park Seung Ho kehairanan.

"Yup. Tapi, abang nak tahu tak? Saya ajak dia keluar dating..." Lee Dong Hae menghentikan perbualannya sambil memandang ke arahku.

"Hah?" Park Seung Ho menjerit kecil kerana sedikit terkejut.

"Tapi, saya dah kena rijekla bang." Lee Dong Hae berkata sambil tersenyum.

"Fuh!" Park Seung Ho menghela nafas lega.

"Nanti kejap. Ke awak dah ada pakwe? Abang Seung Ho ni pakwe awak eh? Tu ke sebabnya awak rijek saya. Waaa, sedihnya. Sob, sob~." sambung Lee Dong Hae lagi.

"Banyak lah kau punya pakwe. Dasar playboy tak guna. Pergi baliklah. Buat menyemak je kat sini." aku menghalau Lee Dong Hae sambil membuat aksi ingin melemparkan bag sandangku.

Akhirnya, Lee Dong Hae meminta diri daripada kami setelah dihalau oleh aku sebentar tadi. Tetapi dalam masa yang sama, dia sempat lagi memberikan flying kiss kepadaku tanpa pengetahuan Park Seung Ho. Aku terus berjalan ke hadapan tanpa mempedulikan tindakan Lee Dong Hae tadi.

BERSAMBUNG...

Cinta Mat Romeo (Part 5)


Aku dan Park Seung Ho meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Dalam masa yang sama, Park Seung Ho menceritakan serba-sedikit tentang Lee Dong Hae. Pada mulanya aku ingin memekakkan telinga sahaja. Yalah, siapa yang ingin mengambil tahu akan lelaki yang miang lagi gatal tu. Tetapi selepas mendengar sebab musabah Lee Dong Hae ingin menarik diri daripada pasukan bola keranjang, hati aku meronta-ronta ingin mengenali lelaki itu dengan lebih mendalam lagi.

"Dong Hae join pasukan bola keranjang sejak digred 3. Masa tu aku belum masuk pasukan tu lagi." Park Seung Ho memulakan bicara.

"Dia seorang pemain yang handal. Ramai orang suka cara dia bermain. Walaupun masih muda, tetapi coach dah bagi dia bermain di peringkat kebangsaan. Aku baru nak mintak tunjuk ajar daripada dia, tapi sayangnya dia dah berhenti daripada bermain bola keranjang." sambung Park Seung Ho lagi.

"Amboi, bukan main lagi kau puji dia erk. Eleh kalau dah handal sangat, kenapa nak berhenti pulak? Tak masuk akal langsung. Ni mesti ada sebab lain." aku mula membuat andaian tentang Lee Dong Hae.

"Memang ada sebab lain pun." Park Seung Ho mula berteka-teki.

"Hah? Sebab apa?" aku mula tidak sabar.

"Orang kata dia rampas kekasih kapten. Huirae nama budak pompuan tu." kata Park Seung Ho lagi.

"Dah agak dah. Kalau dah dasar playboy tu, playboy jugak lah." aku membuat konklusi sendiri.

"Tapi, semua tu gosip je. Dong Hae tak pernah mengiyakan atau menafikan perkara tu." Park Seung Ho mula membela Lee Dong Hae.

"Betul ke gosip je? Mesti dia rasa bersalah, sebab tu dia lari daripada pasukan tu." aku masih tidak boleh menerima kenyataan yang disampaikan oleh Park Seung Ho tadi.

"Bagi aku kalau disebabkan masalah peribadi, tak guna rasanya sampai nak berhenti daripada pasukan bola keranjang. Mesti dia rasa janggal." Park Seung Ho meneruskan bicaranya.

"Eh, macam tu pulak." aku menggaru kepalaku yang tidak gatal.

"Yalah, cuba kau fikir betui-betui. Macam mana dia nak bekerja sebagai satu pasukan bila kapten asyik ugut nak gugurkan nama dia daripada senarai pemain tetap. Lepas tu, hubungan dia dengan pemain lain jadi tak elok sebab ramai yang menyebelahi kapten." Park Seung Ho menerangkan satu persatu.

"Jadi, Dong Hae rasa lebih baik dia berhenti sebelum perlawan akhir menjelang." sambung Park Seung Ho lagi.

Aku masih tidak tahu akan cerita sebenar antara Lee Dong Hae dengan kekasih kapten, Huirae. Kalau boleh aku nak tahu kebenaran disebalik gosip yang menjatuhkan air muka Lee Dong Hae. Tetapi Park Seung Ho hanya menceritakan kisah Lee Dong Hae sampai setakat itu sahaja. Sekarang, aku rasa Lee Dong Hae tu tidaklah seteruk yang aku sangkakan. Mungkinkah, tanggapan aku padanya sudah berubah?


Semasa aku dan Park Seung Ho melalui satu lorong kecil di belakang sekolah, kami ternampak kelibat kekasih kapten dan Lee Dong Hae sedang berbual di taman bunga sekolah. Kami yang berada di luar kawasan sekolah cuba untuk memanjat pagar bagi mendengar perbualan antara Huirae dan Lee Dong Hae. Mujur pagar di beakang sekolah ini tidak terlalu tinggi. Kalau tidak, mahu tergoleknya aku macam nangka busuk.

"Dong Hae oppa! Tunggu." kata Huirae kepada Lee Dong Hae.

"Uhm, apa lagi Huirae?" Lee Dong Hae mula rimas.

"Pompuan ni tak serik-serik lagi ke?" aku bermonolog sendirian.

"Maaf, Dong Hae oppa! Disebabkan saya, awak yang menjadi mangsa gosip. Boyfriend saya salah faham akan kedudukan perkara sebenar." Huirae meminta maaf dengan mimik muka yang sengaja dibuat-buat.

"Cis! Jadi pompuan ni lah yang main kayu tiga. Tak guna punya pompuan. Buat malu kaum je." aku berkata dengan nada perlahan.

"Aish, kau ni boleh senyap tak? Bisinglah. Aku nak dengar perbualan Huirae dengan Dong Hae pun tak senang." Park Seung Ho memarahi aku.

"Aku dah geram dengan pompuan tu. Yang si Dong Hae pun satu, kenapa tak cuba betulkan salah faham tu? Nak jadi tenuk kena cucuk hidung ke apa." aku mula mengenggam buku limaku.

"Saya dengar nasihat awak menyuruh supaya saya berdiam diri saje. Tapi, saya nak tanya sekali lagi. Tak boleh ke awak sukakan saya walaupun sedikit?" Huirae bertanya tanpa rasa segan silu.

"Saya rela berpisah dengan boyfriend saya dan pilih awak sebagai kekasih saya" sambung Huirae lagi.

"Err, saya... Huirae... Saya ada ramai orang yang saya suka. Saya suka Huirae jugak. Tapi, kalau nak pilih sorang je susah la. Nanti, ramai yang tidak puas hati dengan saya. Hehehe." Lee Dong Hae menayangkan senyuman kambingnya.

"Play... PLAYBOY! Buang masa aku je duk mengintip dia orang. Baik aku balik." aku mula membuka langkah. Tapi...

"Jangan haraplah, Lee Dong Hae. Aku ada gambar kita berdua yang aku ambil semasa kita bertemu di Mc'D dulu. Kalau kau tak mahu ikut cakap aku, aku takkan teragak-agak nak sebarkan gambar ni kat laman web. Kalau kau terangkan kat orang ramai pun, mesti mereka semua takkan percaya. Dan, yang paling penting, mesti kau akan dibenci oleh ahli pasukan bola keranjang. Kan? Hahahaha." nada percakapan Huirae mula berubah. Dia menjadi semakin tamak. Tamak dengan lelaki.

"Debushhh!" aku membuka langkah tea kwon do lalu menolak tubuh Huirae.

"Kaki tipu. Tak guna punya pompuan." aku menjerit geram.

"Aish, apa kau ni? Nak bunuh aku ke? Aku belum sebar lagi gambar tu tau." Huirae mula naik berang dengan tidakan Im Soori tadi.

"Maaf, Huirae. Aku tak sengaja rakam perbualan korang tadi. Eh aku nak tanya, kalau rakaman ni tersebar, apa yang akan terjadi erk? Mungkinkah kau akan dibuang sekolah?" kata Park Seung Ho sambil menyangkan telefon bimbit di hadapan Huirae.

"Huh!" Huirae bangun lalu berlari dengan pantas meninggalkan kawasan taman bunga.

BERSAMBUNG...

1st Giveaway by Farsya W

Assalamualaikum and annyeong!

Gud evening, semua! Harap semua dah minum petang la erk (entah pape). Okay, hari ni NS ada join satu segmen by Farsya W. Main join je, sesaja cuba nasib. Mana tahu ada rezeki ke. Yee~

Thanks to ARI SHAWOL coz sudi menge'tag'kan segmen ni pada NS. I will try my best to expose this event yup! (speaking berterabur). Kalau korang nak join, dipersilakan sangat-sangat sebab tarikh tutup segmen ni lambat lagi (macam NS je yang jadi penganjur, hehehe~). Kat bawah ni ada banner dan hadiah yang ditawarkan.

Cumilkan logo nie.

Hadiah

1. Bloglist 3 Bulan untuk 10x Pemenang

2. Header blog untuk 2x pemenang

3. Cursor text untuk 3x pemenang

4. Di follback  (SEMUA PESERTA)

5. Doodle untuk 5x Pemenang

Berlangsung

5 Februari 2013 - 20 Februari 2013

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal 'giveaway' ni, boleh klik je kat banner tu.

Saya tag segmen ni kepada :-


dan


Jangan lupa jenguk blog dieorang!
Maaf penggunaan kata 'aku' kepada yang lebih berusia.
Ppyeong!