Bibir kering walaupun nampak remeh dan perkara kecil tetapi di dalam penampilan seorang wanita yang berkerjaya ia tidak boleh dibiarkan berlarutan.
Masalah bibir kering sangat tidak selesa bagi sesetengah orang. Kadang kala kehadiran kepingan kecil yang berupakan kulit bibir yang mengelupas dipermukaan bibir boleh menakutkan orang yang melihatnya. Apatah lagi dengan kehadiran darah daripada bivir yang luka.
Untuk mengatasinya ikuti beberapa tips berikut >>
1. Sapuan madu pada bibir sebelum masuk tidur dapat membantu mengatasi masalah bibir kering. Madu juga bertindak sebagai balsam yang melembabkan bibir anda.
2. Walaupun anda penggemar lipstick jenis kering dan kusam, pastikan anda tidak memakainya terlalu kerap. Lipstik seumpamanya gagal membari kelembapan pada bibir.
3. Kurangkan kebiasaan membasahkan bibir anda dengan air liur kerana dibimbangi kandungan asid dalam air liur menggalakkan lagi proses pengeringan pada lapisan bibibr yang kering.
4. Sekali sekala lakukan lakukan pengelupasan kulit bibir kering dengan menyapu nipis sedikit ubat gigi pada bibir. Selain itu, anda juga boleh menggunakkan kaedah ‘sikat gigi’ iaitu dengan menggunakan berus halus. Sikat perlahan-lahan dengan gerakkan memutar dan dengan sendirinya kepingan-kepingan kulit bibir yang kering akan gugur.
5. Elakkan daripada memakai balsam bibir atau lip balm yang berperisa kerana ini akan mendorong anda menjilat bibir tanpa anda sedari. Sebaik-baiknya gunakan balsam tanpa perisa.
6. Perbanyakkan pengambilan makanan daripada jenis sayur-sayuran dan buah-buahan.
That’s all from me.
Keep In Touch
Keep In Touch
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum and Annyeong!
Tinggalkan komen korang yang 'cumil' tu kat sini.
Thank You.