Home Blogskin Cerpen Linkies Tutobies D'BOARD

June 10, 2011

Aduhai, pakwe ku!!!


Cast

 Keiko Kitagawa As Saya / Hibara

 Maki Horikita As Sakurai Sho / Sakura Shu

Kisahnya


Nama pakwe saya Sakurai Sho. Dia nie memang macho lagi handsome . Pipinya putih dan gebu. Mukanya cun macam Maki Horikita. Umurnya sebaya dengan saya,, 17 tahun.


Perangai pakwe saya nie macam perempuan sikit. Tapi taklah macam sotong. Patah sana,,patah sini. Dia lemah- lembut, sopan-santun dan seorang yang kelakar. Alah, ape orang kate…..semua ciri² lelaki idaman ada kat die lah.

Yang paling saya saya suke dan tertarik dengan die nie pasal masakan. Fulamak! Mengancam. Walaupun die seorang lelaki, tapi die memang pandai memasak. Mengalahkan saya pulak.


Tapi,,,die ada satu kelemahan. Die tak suka saya pegang die lebih². Pelik kan?? Mungkin tak semua lelaki macam tu. Saya tak kisah. Asalkan sama² cinta sudah…

Mama selalu marah saya keluar dengan Sakurai Sho. Tapi si Sakurai Sho dengan muke slamber hanya tersenyum kambing  sambil berkata kepada mama saya, “Mak Cik janganlah risau. Tak ade apa² yang akan berlaku.  Percayalah. Lagipun saya nie kan…”, belum sempat Sakarai Sho menghabiskan kata² die, tetiba tetamu mama sampai ke rumah saya. Mama pun terus terkocoh-kocoh menyambut tetamu yang baru bertandang tue.

Ibu si Sakurai Sho pulak tak kisah saya keluar dengan anak die. Die buat tak tahu saje. Saya yang dalam kehairanan nie pun buat slamber je la. Ayah die pun same, spesis dengan ibu die. Selalunye, mesti kena ceramah sebab anak teruna die orang ke hulu ke hilir bawak anak dara orang. Tapi ayahnya… hanya tersenyum sambil berkata, “ Sakurai…bawak anak orang tue elok². Bawa motor slow² je. Awak tue kan…”, tetiba telefon ayah Sakurai Sho berdering nyaring. Saya dan Sakurai pun berlalu untuk memberi ruang kepada ayahnye untuk menjawab panggilan.

Sakurai Sho nie bercita rasa sama macam perempuan. Dia bukan pondan atau mak nyah. Mungkin disebabkan dalam family die, die nie  seorang je anak lelaki. Yang lain semua perempuan. Tapi penampilan dan watak die macam lelaki. Ish,,pelik bin ajaib nie… Sakurai Sho nie suke pergi shopping, taman bunga, suke baca novel cintan dan macam² lagi lah. Tapi saya tetap tak pedulikan semua itu. Dia tetap di hati saya…


Suatu hari,,pada hari Rabu, kira² dalampukul 3.30 petang, saya pergi ke perpustakaan. Apabila saya nak keluar, saya terlanggar dengan seseorang jejaka tampan yang sememangnya saya kenal. Dialah Sakurai Sho. Secara tidak sengaja, kad pengenalan dia tercicir daripada pegangannya. Saya pun menghulurkan tangan untuk mengapai kad pengenalanya, namun cepat² dia menunduk untuk mengambilnya. Kami berpamitan di situ kerana masing² sibuk dengan urusan sendiri.

Di rumah, saya teringat semasa saya berlanggar dengan Sakurai Sho. Kad pengenalan yang tercicir daripada peganngannya yang membuatkan saya tidak lena tidur di malam hari. Nama yang terdapat pada kad pengenalan itu menunjukkan nama ‘Sakura Shu’, tetapi gambar dalam kad tersebut kepunyaan Sakurai Sho. Pelik bin ajaib ni. Tiba-tiba telefonku berbunyi. Oh, pakweku rupanya. Dia mengajak saya untuk bertemu di restoran kesukaanku esok. Saya lantas bersetuju tanpa banyak soal.

Esoknya, pada pagi yang begitu indah, saya dengan berseluar jeans dan t-shirt berwarna merah terus ke tempat yang dijanjikan. Saya tunggu begitu lama. Haish, rasa nak pelengkong aje kepala Sakurai Sho ni. Tapi saya tetap sabar menunggu.

Tiba-tiba, (jeng, jeng, jeng)di pintu masuk restoran tersebut terdapat seorang wanita yang lengkap berbaju kurung berwarna biru laut, sedang mencari seseorang. Saya diterpa kehairanan. Saya macam pernah Nampak wanita itu, tapi di mane erk?

Wanita itu memalingkan mukanya kepada saya, lalu melemparkan senyuman manis yang membuatkan saya teringat akan seseorang. Dia menghampiri saya lalu mengucapkan kalimah syahadah eh, silap kalimah maaf. Setelah itu, wanita tersebut mencium pipi saya tanpa rasa bersalah. Tetapi wanita itu boleh lagi buat muka selamber badak dia, seperti tiada apa² yang berlaku.

Setelah diamati dan diteliti betul² wanita yang duduk dihadapan saya ini, barulah saya kenal. Wanita itu memang cun, lawa, menarik lagi da bomb. Dialah Sakurai Sho. Ayoyo, selama ini saya bercinta dengan kaum sejenis. Sungguh tak disangka.

Sakurai Sho menceritakan segalanya mengapa dia menjadi ‘tomboy’. Katanya, family dia nak anak lelaki, tetapi tak dapat. Tu yang dia jadi lelaki sebab mak dia asyik merengkek nakkan anak lelaki aje.
Dalam diam, marah jugak sebenarnya. Bercinta bagai nak rak, tup tup tak jadi. Tapi timbul juga perasaan gembira dalam hati sebab Sakurai Sho sudi berubah. Mungkin dia perasaan saya syak pada dia semasa melanggarnya di perpustakaan tempoh hari.

Patutlah orang tua dia buat tak tahu aje apabila anaknya ingin membawa anak dara orang ke hulu hilir. Sakurai, Sakurai opss silap, Sakura Shu nama perempuannya. Apa² pun saya bersyukur sangat² sebab percintaan saya tidak sampai ke jenjang pelamin. Kalau tak mahu dibelasahnya oleh tok kadi.

Kami tetap menjadi sahabat yang baik. Sakura Shu telah kembali ke pangkal jalan dan telah menginsafi kekhilafan diri. Tamat.

1 comment:

  1. It is a pillar of wisdom and kindness. His guidance and support shape my journey, leaving an indelible mark on my life. 7 Best Supply With a heart full of stories and a spirit of adventure, he's a source of inspiration.

    ReplyDelete

Assalamualaikum and Annyeong!
Tinggalkan komen korang yang 'cumil' tu kat sini.
Thank You.