Home Blogskin Cerpen Linkies Tutobies D'BOARD

November 18, 2011

Novel Time!!!

Nie jugak antare hobi yang tak boleh diketepikan. Jom bace novel. HERNA DIANA nie antara penulis novel yang terbaik dan berbakat. Novel-novel die semua kelakar. Yang paling best sekali mestilah novel "Cinta 3 Suku".

Cinta 3 Suku
Herna Diana

Sinopsis

'SKETSA PERANG' di pertengahan jalan menjadi detik pertama antara 'Minah Sewel' dan 'Mamat 3 Suku'.
Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuaan dihiasi insiden perlanggaran.

Iman -  Gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan Iman sebatang kara. Kebencian ibu tiri membawa lara lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang.

Arie - Pertemuan dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si 'Minah Sewel'. Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan rasa jengkel dihatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda.

Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kanan dan seorang lagi ke selekoh kiri. Namun, haluan yang berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus yang bernama keserasian. Namun tiada seorang pun yang menduga bahawa lorong yang mereka lalui itu penuh onak dan duri.

Akhirnya Aku Kahwin!
Herna Diana

Sinopsis

Didi - Seorang gadis comel yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu. Sebagai seorang insan, dia juga punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu untuk menanti cinta sejati walaupun sering dipermainkan.

Kemunculan Syafizi menghuru-harakan hidupnya. Kata-kata yang diibaratkan bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyababkan tahap kebenciannya terhadap Syafizi di takat didih. Ayat nuklear yang keluar daripada mulut lelki itu dibalas dengan ayat ala bom atom. Pesan orang tua jangan terlalu membenci, bimbang takut bertukar menjadi sayang. Ye ke? Takkanlah Syafizi yang suka cari pasal suka kepadanya. Mustahil!! Daripada dia melayan lelaki yang bermuut nuklear itu, lebih baik berchatting denagan Terhangat di Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka dan duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?

p/s - Hah!! Nie pulak target novel yang nak dibeli. Tapi, tak cukup duit lagi lar. Argghhh, its all about MONEY, MONEY and MONEY. No MONEY No Things. Ye ke??

Keep In Touch

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum and Annyeong!
Tinggalkan komen korang yang 'cumil' tu kat sini.
Thank You.