Home Blogskin Cerpen Linkies Tutobies D'BOARD

December 29, 2011

Daripada Benci Bertukar Sayang

Cast

 Yuri (SNSD) as Aku / Lee Hyorin

Choi Min Ho as Shin Woo

Kisahnya

‘SHIN WOO’!!! Aku cukup benci dan jelek untuk mendengar nama tu. Apatah lagi untuk bercakap tentang dia. Berlainan pula dengan kawan-kawan perempuan dalam kelas aku yang sering saja menceritakan tentang Shin Woo. Segala macam aspek, kacak la, kaya la, cerdik, pandai dan macam-macam lagi sampai naik berbulu telinga aku untuk mendengarnya. Apa yang dipujinya tentang Shin Woo, itulah juga yang aku kutuk sekutuk-kutuknya.

Dari pandangan aku dia nie tak ada la perfect  100%. Aku benci dia nie bersebab tau, bukannya saja-saja. Si Shin Woo nie boleh dikatakan musuh ketat aku sejak tadika lagi. Ada la satu insiden memalukan berlaku pada aku disebabkan si setan kuning nie. Dan sampai sekarang dendam serta benci aku terhadap dia tak pernah padam.

Nak dijadikan cerita masuk saja semester 4, aku ditempatkan di kelas yang sama dengan dia. Memang terkejut la, tapi aku buat selamba derk je. Pulak tu, keluarga si Shin Woo ni baru je berpindah ke sebelah rumah aku. Adoiiii yaiii!!! Malapetaka apa la yang menimpa aku ni. Oleh kerana ibu dan bapa aku ni sibuk memanjang, terpaksalah aku tumpang kereta Shin Woo untuk ke universiti. Dah bermacam-macam jenis alasan yang cuba aku terangkan pada ibu dan bapaku yang aku tak mahu tumpang si setan kuning tu. Akhirnya, terpaksala aku angkat bendera putih. (anak yang baik gitu)

Yang si mamat ni tak pulak menolak time ibu bapa aku suruh dia tumpangkan aku, siap senyum macam kambing. Aishh, geramnya!!! Terpaksalah aku telan segala usikan dan sindiran daripada teman-teman yang memang tahu tahap kebencian aku yang tak bertepi ni terhadap Shin Woo.

Beberapa bulan pun berlalu...
                
Selama proses persahabatan antara aku dengan si Shin Woo ni, tidak pernah dia sakitkan hati aku. Aku pun kenalah buat baik dengan dia sementelah secara rasminya dia jadi ‘driver’ kepada mem besar ni, nanti dikatakan tak kenang budi pulak. Tapikan, dia selalu ada ketika aku suka atau duka. Dia selalu menjadi pendengar yang setia kepada semua masalah aku. Dulu, aku sangkakan dia hanyalah anak orang kaya dan berlagak sombong, tapi semua sangkaan aku tu meleset. Aku sedar yang hati aku dah mulai terusik dengan keikhlasan dia berkawan denganku.
                
Pada suatu pagi yang tenang, aku dikejutkan dengan satu berita yang tak sedap didengar oleh cuping telinga aku.

SHIN WOO KEMALANGAN!!!

Macam tu la lebih kurang bunyi mesej yang dihantar oleh teman sekuliahku. Aku hanya mampu kirimkan salam dari jauh. Jumpa?? Aku tidak sanggup melihat dia yang terlantar.
               
Hari demi hari, akhirnya aku terpaksa mengalah dengan desakan hati yang merindu orang di sana. Aku pun pergilah melawat Shin Woo, tapi malangnya dia sedang tidur. Penat menunggu, mak Shin Woo pun mengajak aku pergi ke kafe untuk berbual-bual. Mak Shin Woo ni peramah orangnya, habis segala cerita Shin Woo aku korek daripada mak dia, suka punya pasal. Mak dia juga ada memberitahu aku yang Shin Woo selalu bertanya tentang aku, sama ada aku melawatnya atau tidak. Pernah satu malam, dia sampai mengigau menyebut namaku berulang kali. Air mata aku terasa mahu menitis. Tangkap jiwang ni. Aku meminta diri memandangkan hari sudah lewat malam.
                
Yeahhhh!!! Hari ni Shin Woo keluar daripada hospital. Gembira gila aku, kalah monyet yang dapat bunga. Sebagai meraikan hari pembebasan dia dari penjara hospital tu, aku nak raikan dia di sebuah restoran. Hanya kami berdua. Ketika bertemu, akulah orang yang paling banyak bercerita macam mak nenek. Dia, macam biasalah jadi pendengar yang setia. Tiba-tiba dia merenung tepat ke dalam anak mata aku. Aku pun apa lagi, terus terdiam berjuta bahasa, gabra la tu. Lalu Shin Woo pun berkata :

‘Lee Hyorin, sudikah awak menjadi permaisuri di hati saya buat selama-lamanya??’
                
Wow!! Ni dah kes serius ni. Aku pun apa lagi, setuju je la nanti melepas pulak. Lalu aku pun membalas:

‘Shin Woo, saya terima awak seadanya dan sudi menjadi permaisuri di hati awak...’
               
Kini aku dan Shin Woo hidup bahagia sebagai pasangan suami isteri. Kami bersumpah setia akan mengharungi segala dugaan bersama-sama. Terkadang aku tersenyum mengenangkan kebencian aku terhadap Shin Woo sehinnga aku menggelarkannya setan kuning, kambing dan tenuk. Tapi sekarang ni dialah hubby aku. Mungkin ini lah takdir yang menemukan kami berdua, saling membenci kemudian saling menyangi.

TAMAT

3 comments:

  1. sweetnyer... berair mate.. lbh2 lg dpt byg org laki tu minho oppa... huhu

    ReplyDelete
  2. Owh, thanks sudi bace cerpen yg x sebrape ni.. ^^

    ReplyDelete
  3. "From Love" encapsulates the purest of emotions, weaving tales of affection, joy, and sometimes heartbreak. 7 Best Games It's a universal theme that resonates deeply with all. Through various forms of art From Love.

    ReplyDelete

Assalamualaikum and Annyeong!
Tinggalkan komen korang yang 'cumil' tu kat sini.
Thank You.