Home Blogskin Cerpen Linkies Tutobies D'BOARD

March 14, 2012

Ku Sangkakan Bunga, Rupa-rupanya


Cast

Hwang Joo Won as Aku (Min Ho) / YoonA

Lee Chi Hoon as Teamin / Soyeon

Kisahnya

Pada suatu petang yg indah, aku dan Teamin pergi ke cybercafe. Sudah lama aku tidak chatting. Ini semua gara-gara sibuk mmperlengkapi diri bagi mnghadapi PMR. Aku menggunakan nama perempuan iaitu YoonA.

Ramai chatter yg ingin berkenalan denganku, tetapi seorang sahaja ku rasa begitu istimewa. Soyoen namanya. Dia merupakan chatter yg agak peramah dan halus budi bahasanya. Inilah yg membuatkan aku menyenangi kehadirannya. Katannya, dia tinggal di sini. Aku cuba meminta nombor telefonnya, tetapi dia tidak mahu bagi. Bahaya katanya.

Sejak itu perhubungan kami semakin rapat. Kalau boleh, setiap hari aku mahu bersembang dengannya. Tapi apakan daya, cybercafe ini mengenakan bayaran srbanyak RM 3 sejam, mahal woo..RM 3 dah boleh beli 4 bungkus mee segera brperisa kari...

Aku dapat rasakan bahawa aku sudah jatuh hati padanya. Daripada pengamatan aku, Soyoen ialah seorang wanita yang penuh dengan sifat kewanitaan. Aku sudah tidak sanggup untuk terus mmbohonginya yang aku ini seorang wanita. Aku menyatakan hasratku untuk bertemu dengannya di restoran Dc'F yang brhampiran dengan Baby Center pada jam 5 petang esok. Dia bersetuju. Untuk lebih memudahkan kami mengenali antara satu sama lain, kami berpakat sama-sama akn memakai t-shirt hitam berlengan pnjg dan 'cap' brwrna merah.

Tepat pada wktu yg djanjikan, aku pun pergi ke restoran Dc'F. Ada tiga perasaan yang brgelodak dijiwaku sekarang. Gembira, cemas dan takut. Petang inilah yang akan mnjadi penentu segala-galanya. Tiba-tiba belakangku terasa ditepuk. Secepat kilat aku berpaling. Alangkah terkezzutnya aku apabila orang yang menepuk belakangku ialah Teamin yang brpakaian t-shirt lengan pnjg brwarna hitam brserta cap merah!!! Aku lihat dia juga terkejut.

Petang itu aku dan Teamin sama-sama melantak ayam gorong kentukki kontakki 'kentaki' yang enak dengan sebanyak mungkin untuk mlepaskan kekecewaan yang telah kami alami. Macam manalah aku tak perasaan...Padahal kami duduk bersebelahan semasa chatting. Bunga yang dnanti, kumbang yang muncul. Aduiyaiiiii, nasib.

TAMAT

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum and Annyeong!
Tinggalkan komen korang yang 'cumil' tu kat sini.
Thank You.