Cast
Lee Seunggi as Joon Ki
Im YoonA as Aku/ Jiyoung
Minhyuk (BTOB) as Joon Ho
Bermulanya perkenalan kami pada waktu itu, aku (Jiyoung) dan Joon Ki terus menjadi teman rapat. Aku senang ketika bersamanya. Kami kerap menghabiskan masa bersama-sama, belajar mahupun enjoy. Kami tidak pernah bertengkar kerana dialah yang selalu mengalah jika terdapat salah faham berlaku di antara kami.
Setiap detik aku lalui bersamanya adalah saat yang paling bahagia dalam hidupku. Bagiku, dialah satu-satunya sahabat yang paling baik pernah aku kenali.
Aku tidak nafikan bahawa aku sudah jatuh hati kepadanya. Setiap kali aku bersamanya, hatiku sentiasa berdabar-debar dan gelisah semacam. "Dup dap, dup dap". Lebih kurang macam tu la bunyinya. Pandangan matanya yang menusuk kalbu dan gurauannya menambahkan lagi rasa cinta di hati ini. Tetapi semua itu aku pendam di dalam hati.
Aku sebenarnya tidak mempunyai keberanian yang tinggi untuk meluahkan perasaan sebenar kepada Joon Ki. Aku malu dan takut jika aku berterus terang tentang perasaanku, Joon Ki akan menjauhkan dirinya daripadaku lalu memutuskan hubungan persahabatan yang telah lama terjalin ini. Namun, aku sedar bahawa aku perlu memberitahunya tentang perasaan ini pada satu hari nanti. Aku yakin bahawa hari tersebut pasti akan tiba.
Musim bunga telah bermula...
Aku dan Joon Ki telah berjanji akan bertemu di sebuah restoran berdekatan dengan tempat aku bekerja (part time). Ya, hari ini aku perlu berterus terang kepadanya tentang perasaan murni yang telah lama tersimpan dalam lubuk hatiku. Hatiku berdebar-debar menanti kehadirannya. Tetapi sudah hampir 2 jam aku menantinya, namun dia tetap tidak muncul-muncul.
"Aish, mana pulak mamat nie. Janji pukul 8 malam, sekarang dah pukul berapa.", hatiku berjeda.
"Ke mana pulak dia nie, takkan sesat kot", hatiku kian memberontak.
Tetapi berbekalkan kesabaran yang dah tahap nak 'menyembur' ni, aku mengambil keputusan untuk menunggu Joon Ki selama 1 jam lagi. Sayang punya pasal, tak kisah la.
Tunggu punya tunggu, 1 jam sudah pun berlalu.
"Pelanggan dah makin berkurang, aku jugak masih terpacak kat sini", aku bermonolog sendiri.
"Tak boleh jadi nie. Tahap kesabaran aku ada jugak batasnya. Kena kau Joon Ki, main-mainkan aku erk. Kau ingat aku ni apa nak tunggu kau selama 3 jam!", marah hatiku.
Aku mencapai telefon bimbitku dan cuba menghubunginya buat yang ke berapa kali entah. Tetapi percubaanku gagal. Aku meninggalkan restoran itu dengan hati yang sangat hampa. Tanpa berlengah lagi, aku menaikki kereta Myviku untuk pulang ke rumah.
Sampai di pertengahan jalan, hujan turun dengan lebatnya. Aku memandu kenderaanku dengan perlahan kerana di hadapan terdapat kemalangan antara kereta dengan sebuah motosikal berkuasa tinggi.
"Owh, patut la traffic jam. Ada kemalangan rupanya", hatiku berkata-kata.
Aku malas untuk mengambil tahu keadaan mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut dan terus memandu pulang.
Setibanya aku di rumah, telefon bimbitku berdering nyaring.
"Eh, ini panggilan daripada Joon Ho (adik Joon Ki). Kenapa pulak dia call malam-malam nie?", aku berteka-teki sendirian.
"Annyeong, noona! Saya ada satu berita buruk untuk sampaikan pada noona. Saya harap noona sabar dan tabah untuk mendengar berita tersebut nanti", Joon Ho memulakan bicara dengan suara yang serak-serak basah.
"Ehm, apa dia?", aku menyoal Joon Ho semula.
"Hyung (Joon Ki) dia terlibat dalam kemalangan! Dia ada di hospital 'Hope & Dream', wad 123. Dia nak sangat jumpa noona. Cepat sikat ya noona, saya takut kesuntukkan masa sabab hyung dalam keadaan kritikal!" terang Joon Ho panjang lebar.
Tanpa berlengah lagi, aku terus memandu laju kenderaanku menuju ke destinasi. Hujan lebat di luar sana seolah-olah memahami perasaanku pada saat ini. Air mataku turun laju berlinangan.
"Joon Ki, bertahanlah. Saya pasti awak akan selamat", doaku di dalam hati.
Setibanya di hospital, aku terus bergegas ke wad yang dimaksudkan oleh Joon Ho tadi. Kelihatan ahli keluarga Joon Ki sedang menunngu di luar wad dengan wajah yang suram. Joon Ho meminta aku untuk berjumpa dengan Joon Ki secepat yang mungkin kerana abangnya mungkin tidak boleh diselamatkan lagi.
Aku takut untuk berjumpa dengan Joon Ki kerana selepas ini semuanya akan berakhir dan Joon Ki akan meninggalkan aku buat selama-lamanya. Namun, aku gagahi juga diriku yang hanya menunggu masa untuk rebah ke muka bumi. Aku masuk ke dalam wad dan melihat keadaan Joon Ki yang lemah dan tidak berdaya membuatkan hatiku sebak dan pilu. Air mataku tidak henti-henti mengalir.
"Maaf...kan...Joon Ki. Sa...ya tak dapat per...gi ke restoran...tu", kata Joon Ki dengan nada yang perlahan.
"Saya...nak bagitahu...awak yang se...benarnya, saya cintakan...awak!. Tapi terpaksa bagi...tahu di hospital pulak", sempat lagi Joon Ki bergurau.
"Maafkan Joon Ki...sekali lagi. Saya tak...dapat membahagiakan awak. Sebelum tu...I just want to say that...I love you..."Joon Ki tersenyum lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
"Joon Ki, Joon Ki, Joon Ki!!!", aku menjerit memanggil dirinya yang kaku sudah tidak bernyawa lagi.
Walaupun pertemuan kami cuma berlaku beberapa minit sahaja, namun aku akan tetap akan mengenangkan memori kita bersama. Joon Ki, aku juga ingin meluahkan perasaanku padamu, walaupun sudah terlambat.
Joon Ki, I LOVE YOU!
"Luahkanlah perasaan kamu kepada siapa yang kamu sukai.Jangan nanti menyesal di akhirnya"
Noona - Kakak
Hyung - Abang
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum and Annyeong!
Tinggalkan komen korang yang 'cumil' tu kat sini.
Thank You.