Home Blogskin Cerpen Linkies Tutobies D'BOARD

November 3, 2013

I'm Coming Home


Assalamualaikum and annyeong!

Uhuk, uhuk, uhuk!! Haisyemmmm~ Haaah, amik ko. Rasekan akibat dah lame sampai nak jadi gila tak menghupdate blog. As you all know, my recent updates entry was around March 28 2013, right? (bukan maen speakingnyer). *Nod, nod. Sekarang barulah jemari runcing ni bermain-main di atas keyboard untuk membebel kenapa NS dah lame tak hupdate blog.

Sebab yang pertama, NS diarahkan untuk masuk ke satu tempat dimana NS kena jalani bermacam jenis latihan. Kalau tak masuk kat situ, mampuih kena heret ke PENJARA! (ni dah kes pakse ni). Nak taw ape dia?? Ni haaaa..

PLKN a.k.a Pusat Latihan Khidmat Negara

Perggghhh, gila tak terkejut bila NS dapat tahu yang NS ter'pilih'. Rasa gelap jap dunia. (acehhh, bukan main lagi). Menjerit depan lappy bagai nak rak. Then, NS buat double checking. Mana taw pak cik PLKN ni salah bagi information. (keh, keh, keh). Memang tak ah. So, apa bulih buat, redha je la. Mungkin ade hikmah....

Actually, NS dapat panggilan kedua. Masa tuh, orang lain tengah sibuk dengan result SPM 2012 dan tegah sibuk nak prepare untuk masuk U, NS kena masuk PLKN ni. U know what? NS kemas baju pun keesokkan paginya (hari nak pergi ke PLKN). Nampak tak berapa inci "keikhlasan" nak pergi ke tempat tuh?? *ahaksss


Kem PLKN Padang Kacong, Marang, Kuala Terengganu merupakan tempat NS di campak training untuk menjadi wirawati negara yang gah gitu u olls. >.< Mase dapat taw kat mane PLKN NS tue, NS kata :

"Ala, dekat jer dengan rumah. Kenapa tak dapat jauh-jauh?? Baru la syokk

Nampak tak keangkuhannye kat situ? Last2, NS bersyukur sangat2 sebab dapat PLKN yang dekat dengan rumah (dalam setengah jam lebih dah bulih sampai ke tempat ni). Sebabnya, tiap2 minggu parents NS boleh datang melawat dan bawak makanan yang sedap, lagi mavelles gitu! Lepas rindu eden pada umi dan ayah (manje jugak ko nih~).

Macam biase, dah nama pun tempat baru, mesti rasa janggal dengan ramai orang yang tak dikenali. NS ditempatkan dalam kompeni BRAVO! Kompeni nie kira macam kumpulan la. Dia ada 4 kompeni, ALPHA, BRAVO, CHARLIE dan DELTA. Jurulatih kabo kata siri lepas kumpulan BRAVO juara. Jadi kiteorang kena kekalkan kejuaraan tuh sebulih-bulihnye. (erk, ade aku kisah?? masuk pun ter'paksa'). Kat bawah ni merupakan bendera kompeni BRAVO :


Nak dipendekkan cerita, pum pang pum pang, dah nak dekat sebulan NS duduk situ. Hrmmmm, macam2 yang NS dah lalui. Suka, duka, masin, manis, pahit jadilah sweet sour~ Mula2 memang menyampah tahap cipan dengan program ni. Macam ape entah~ BUT, last2 korang akan mula suka dan rasa sayang akan mula bercambah dalam hati sedikit demi sedikit. (ala2 novellis tak??). Bukan ape, kengkawan kat dalam dorm yang gila2 tue la yang sayang NS nak tinggalkan. Memang tak dapat digambarkan dengan kata2 macam mana perasaan NS masa nak tinggalkan PLKN tue... (sob, sobss)

Yang ni gambar satu dorm NS. Dorm C
   
Yang ni pulak budak2 Dorm D.

Dorm C + Dorm D = BRAVO!


Satu lagi, nampaknye kiteorang dah tunaikan janji. Nak tahu ape. Cube try test tengok gamabr kat bawah ni. Dapat tak korang tafsir ape2?? Letak jari kat dagu, sambil urut2 dagu tue.
.
.
.
.
.
Tadaaa! BRAVO merupakan juara untuk siri 2 (2013). Huhuhu, bangga I u olls. Kembang maggi semangkuk. 

Tapi sayangnya, NS dah takde time tue. NS keluar awal sebab NS ada terima tawaran belajar. So, atas sebab tue, NS kena tamatkan latihan kat PLKN tue. Tengokla, berapa kerat je yang tinggal. Ramai yang sambung belajar. Ape pun, tahniah BRAVO! G double O D J O B. Good job, good job BRAVO!

Sebab kedua pulak, NS dah sambung belajar kat Kolej Matrikulasi Selangor (KMS). Ambik ko. Dari Kuala Terengganu, terus berhijrah ke Selangor (nak sangat kan...). Inilah hikmanya. Sekurang-kurangnya NS dah belajar hidup berdikari sebelum NS tempuhi hidup yang lagiiii mencabar kat matriks ni. So, my current place right now is KMS. hehe


Yang ni pejabat pentadbiran yang menempatkan bilik pensyarah~

Yang ni pulak asrama perempuan. 

Asrama lelaki. 

Bilik tutorial dan kuliah.

Surau As-Sufi. =)

Gelanggang badminton, footsal dan macam2 lagi.

Gambar kat atas diambil dari En. Google. Credit to him :)

So, kukuhlah sebab kenapa NS dah lama tak menghupdate blog kesayangan yang bucukk ni. Dengan assignment yang boleh tahan banyak, report, tutorial dan macam2 lagi, mana sempat tangan ni nak menaip cik adik oiii. Ni pun sebab tengah cuti sem. Sekejap jer. Dalam 3 minggu gitu. Lepas ni, NS akan HIATUS lagi. Maybe lepas 3 minggu ni, tahun depan baru dapat menghupdate. >.<

Buat masa sekarang ni, NS akan buat beberapa tutorial dan freebies yang direquest oleh korang. Kesian kat korang. Lepas 8 bulan baru NS boleh buat semua tue. Bukan tak sudi taw, jangan la merajuk lak. Tak reti nak pujuk la.. 

So, buat adik2 yang bakal menempuhi alam remaja yang lagi mencabar, jaga diri elok2. Jangan sampai terjerumus ke lembah yang tak sihat. Menyesal kemudian, tiada gunanya. Cari kawan yang betul2 kawan. Jangan salah pilih kawan. Bagi yang dapat tawaran PLKN tuh, jangan panik, jangan sedih. Lihat dari segi positif. Korang boleh dapat ramai kawan baru dan boleh belajar idup berdikari. Ko pulak NS, kena fokus2 pada STUDY! Aja-aja FIGHTING!! 

Panjang tak Mak Jemah membebel??
Sekian.
Annyeong~

1 comment:

  1. JOM join GA teman, hadiah hebat23 belaka!!

    http://tengkubutang.blogspot.com/2013/11/giveaway-1-year-blog-tengkubutang.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum and Annyeong!
Tinggalkan komen korang yang 'cumil' tu kat sini.
Thank You.