Home Blogskin Cerpen Linkies Tutobies D'BOARD

December 13, 2014

Snack Zaman Kanak-Kanak 90-an


Assalamualaikum wbt.

Setelah agak lama menyepi, akhirnya NS muncul dengan entri yang takdela gempak sangat kan. Hehe. Tapi sedikit sebanyak dapat menggamit memori zaman kanak-kanak korang lebih-II lagi yang hidup pade tahun 90-an. Including me especially. K, nak menyibuk jugak.

1. Iced Gem

Ramai orang yang tak tahu nama sebenar biskut ni. Kan? Admit je la, haha. NS pun tak tahu jugak nama biskut ni, even dah 19 tahun hidup kat muka bumi ni (bertuah punye budak). Kalau korang pergi kedai  pun, korang akan tunjuk kat pak/mak cik kedai tolong amikkan dan just cakap je berapa kodi yang korang nak. Then, balik ghumah, mengunyahlah depan tv. Hikss.

The best way nak makan biskut ni, mesti korang akan makan gula warna warni kat atas tu, and then baru makan biskut dia *senyum. Well, nowdays bebudak dah tak pandang biskut-II macam ni. Zaman IT yer dok?

2. Roti Ice Cream

Zaman korang sekolah rendah or menengah dulu, mesti akan ada pak cik jual ais krim yang bawak motor duduk kat tepi pagar sekolah nak tunggu korang serbu motor dia kan? Sanggup beratur panjang-II semata-mata nak makan ais krim nih. Lebih-II lagi time cuaca panas. Pergghhh, memang sodapp bak ang!

Perisa biasa yang menjadi idaman korang mesti coklat, tak pun, vanilla or yam. Tak pun combination ketiga-tiga perisa tuh. Memang thorbaikk. Harga pun takde la mahal sangat macam ais krim magnum tu. Takkan lebih daripada rm 2 pun biasanya.

3. Ais Krim Lolli (Ais Krim Malaysia)

Tak ketinggalan jugak ais krim nih, Masa kecik-II dulu NS selalu mintak kat mak 20 sen sebab nak beli ais krim ni. Petang-II makan dengan kawan-II kat taman permainan sambil menikmati keenakkan ais kirm nih (cewahh). Ada yang homemade punya lagi best. Sebab macam-II perisa kita boleh buat. Perisa milo, anggur, sirap, sarsi, kacang hijau/merah, asam boi dan banyak lagi. Kalau kreatip boleh wat perisa durian (ehh).

Kalau zaman sekarang, korang dah boleh dapat kat seven-eleven. Alaa, apa lagi kalau bukan slurpee. Generasi muda punya ais kepal. Hehe.

4. Ding Dang dan Tora

Selain tu, jajan ding dang dan tora tetap menjadi pilihan no.1 kanak-kanak Malaysia pada tahun 90-an dulu. Sekarang ni, nak nampak iklan pun bukan main susah. Hihi. Berharga lebih kurang rm 1 satu kotak, jajan kat atas ni memang dikira antara yang paling mewah mak ayah korang boleh belikan untuk korang, kan? Bila dapat benda ni, bukan main happy gila korang tahap tak hengat dunia gituwww.

Tarikan utama jajan ni bukan sebab coklat dia yang bebulat tuh, tapi... jeng, jeng (ok, x suspen) ofcos lah mainan dalam kotak tu. Sebab untuk setiap keluaran baru macam korang nengok iklan kat tibi tuh, mainan dia akan berlainan. Kalau NS dulu, dah dapat satu kotak tora pun dah bahagia tahap cipan terguling-guling (yeah, uollss tahu-II jelah that feeling erk?)

5. Haw Flakes

Last but not least, saper pernah makan haw flakes ni?? Angkat tangan siked! Cewahh. Korang memang ohsem sebab pernah makan benda ni (aceh, kaitan?) Back to main topic yer adik-II. Rasanya yang manis, chewy dan yang penting sekali berwarna pink belacan gitu. Dibungkus pulak dalam bentuk ala-II mercun BOOM kebaboo buat korang lagi excited nak makan dengan rasa dia yang masam-II manis boleh hilangkan loya kat anak tekak.

Tak mahal pun, sebungkus kecik tu boleh dapat dalam 20 sen jer!! Hah, ohsem tak ohsem nya kan? So, apa lagi pergilah borong kat mana-II kedai runci berdekatan. Melebih pulak NS ni.

So, pengajaran pendek yang NS nak kongsikan sikit dengan korang ni, yess memang zaman dah maju, teknologi tinggi bagai. Tapi, makanan-II kat atas memang TAK boleh dilupakan. Repeat TAK boleh. Sebab ia menyimpan 1001 kenangan zaman kecik NS. NS rasa bukan saja NS, tapi korang sumer yang lahir tahun 90-an tuh. Sebab, time korang tengok makanan-II kat atas mesti senyum sensorang sambil melayari kenangan indah korang zaman budak hingusan dulu. 

But, budak-II sekarang memang lain sangat dengan budak-II dulu. Sekarang memang dah sumer dengan ipad/ iphong ke hulu ke hilir. Even NS pn. Yess, sebab zaman dah berubah. Tapi! Kenangan tetap tersimpan utuh dalam hati ni~

Sekian coretan untuk hari ni setelah sekian lama mendiamkan diri.

2 comments:

  1. Hello! I'm from Indonesia ^^ Ais loli it's my favourite! In Indonesia, ais loli = es kiko (?) sorry for my bad english, nice to meet you^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi regia! Nice too know you too~
      Your english is very good dear~
      Yeahh, ais loli also my fav when I was young, but now it still be my fav.
      Tehhee~

      Delete

Assalamualaikum and Annyeong!
Tinggalkan komen korang yang 'cumil' tu kat sini.
Thank You.