"Oh, mak kau! Oi, terkejut aku. Dah la aku tengah makan ni, karang tercekik tak pasal-pasal aku mati muda. Kalau ye pun, bagi la isyarat dulu." Lee Min mula membebel.
"Uiks? Nak sapa orang pun kena bagi isyarat ke? Macam la kau tu orang OKU." aku mencebirkan bibir lalu mengambil tempat di sebelah Lee Min.
"Kau tak nak order ke? Jangan risau, hari ni aku belanja, kau yang bayar erk." Lee Min ketawa terbahak-bahak kerana berjaya mengenakan aku dengan lawak bodohnya.
"Uih, nak tunggu kau belanja? Sampai rimau bertanduk pun belum gerenti lagi tau. Aku dah makan kat rumah tadi. Ibu aku buat mee Udon kegemaran abang aku. Tup, tup dia terlupa nak breakfast sebab katanya ada latihan bola keranjang. Kelam-kabut dia tinggalkan rumah. Tak pasal-pasal aku kena bawakkan bekal untuk abang aku tu. Karang tak makan, kempunan pulak." terangku dengan panjang lebar.
"Eh, kalau kau tak kisah, biar aku temankan kau jumpa abang kau. Mana tahu, ada kawan abang kau yang boleh aku usha kat sana nanti. Tak dapat tahu nama, dapat nombor telefon pun jadilah." kata Lee Min sambil menayangkan senyuman kambingnya.
"Amboi, amboi! Miang betul kawan aku ni. Kau belajar daripada sape erk?" aku bertanya kegeraman.
"Daripada kau la." Lee Min cepat-capat berlalu untuk membasuh tangan selepas berkata sedemikian.
"Oi, siap kau Min! Mana ada aku ajar kau benda-benda macam tu." aku cepat-cepat berlari untuk mendapatkan Lee Min yang sedang menuju ke tapak latihan bola keranjang.
"Pritttt! Okay, kita berhenti latihan kita sampai di sini sahaja. Kamu semua boleh salin pakaian dan masuk ke kelas masing-masing." kata jurulatih bola keranjang, Cikgu Lee So Man.
Pada masa itu, semua pemain bersorak riang setelah mendengar arahan daripada jurulatih mereka. Aku dan Lee Min pun berjalan dengan pantas untuk memberikan bekal makanan kepada abang 'angkat'ku. Semua pelajar tidak tahu tentang hubungan adik-beradik angkat antara aku dan Park Seung Ho kecuali Lee Min.
Dengan hanya dua tahun jarak perbezaan umur kami di mana aku berada digred 6 (16 tahun) dan Park Seung Ho berada digred 8 (18 tahun), ramai beranggapan bawaha kami sedang bercinta. Sebenarnya, tanggapan mereka sudah menyimpang jauh ke angkasa. Kami selalu bertengkar bagai anjing dengan kucing. Pantang berjumpa, pasti ada yang hendak digaduhkan.
"Woi, Seung Ho! Ni ada bekal makanan dari rumah. Ibu masak mee Udon tadi. Nanti kau tak makan, tak pasal-pasal mengigau pulak" aku menghulurkan bekalan makanan kepada Park Seung Ho.
"Yay, ingat jugak ibu kat aku. Biasa la, anak yang baik memang selalu diingati. Bukan macam kau, nak bangun pagi pun susah. Selalu ibu je yang buat kerja rumah sensorang masa kau tidur" kata Park Seung Ho sambil memuji diri sendiri.
"Aik? Naik lif tekan butang sendiri nampak. Takde maknanya kau memuji diri kau setinggi pokok nangka. Kau pun dua kali lima dengan aku ea. Cakap je lebih. Pirahhh!" aku menjelirkan lidah kepada Seung Ho.
"Aish! Korang ni boleh tak berhenti bergaduh. Stop, stop, stop! Tak malu ke orang lain tengok?" Lee Min mula menyampuk pertengkaran kami.
"Dia yang mula dulu." aku dan Park Seung Ho sama-sama menjawab sambil menunding jari ke arah yang bertentangan.
"Tengok tu. Sama-sama tak mahu mengalah. Karang aku kahwinkan korang berdua baru tahu. Baru aman dunia ni." kata Lee Min yang kelihatan rimas dengan pertengkaran kami.
"What? Dengan dia ni? Oh, please." aku berkata sambil menunjukkan reaksi kegelian.
"Aku pun sepuluh kali ganda tak hingin la!" Park Seung Ho berkata sambil berlalu.
"Uih, bukan nak ucap terima kasih pun. Main blah macam tu je." aku dan Lee Min berlalu terus untuk ke kelas.
"Wah, ada orang dapat bekal dari makwe dia. Alo, sweetnya!" kata salah seorang rakan Park Seung Ho yang sengaja ingin mengusiknya.
Park Seung Ho hanya mampu tersenyum sambil berlalu ke bilik salinan untuk menukar pakaian. Namun di dalam hati tiada siapa yang tahu tentang perasaannya terhadap Im Soori.
BERSAMBUNG...